CLOSE
CLOSE AD

Sonakshi Sinha teruja bawa watak realiti dalam filem terbaru

  • 27 Jun 2019
  • Tags:
Sonakshi-Sinha-teruja-bawa-watak-realiti-dalam-filem-terbaru

Aktres jelita Sonakshi Sinha teruja apabila dia bakal terlibat dengan sebuah filem perang berjudul "Bhuj: The Pride Of India" yang mana dia akan membawa watak realiti Sunderben Jetha Madharparya.

"Ia seperti sebuah filem biopik kerana watak saya sangat penting untuk jalan cerita filem ini. Sunderben berjaya menyakinkan 300 wanita untuk membantu membina landasan ketika perang dalam 72 jam sahaja," ujarnya yang dipetik dari Masala.

Tambah Sonakshi lagi, walaupun belum menjalani penggambaran filem itu dia sudah membuat penyelidikan mengenai watak Sunderben yang bakal dijayakannya.

Filem ini berkisarkan mengenai perang India-Pakistan pada 1971, yang mana Pegawai Tentera Udara India (IAF) Vijay Karnik dan pasukannya, dengan bantuan 300 wanita tempatan, membina semula pengkalan udara IAF.

Selain Sonakshi, filem ini turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Ajay Devgn, Sanjay Dutt, Parineeti Chopra, Rana Daggubati dan Ammy Virk.

Dalam pada itu, selain filem "Bhuj: The Pride Of India", Sonakshi juga dikhabarkan bakal terlibat dalam filem biopik atlet para-Olimpik Deepa Mallik sebagai pelakon utama.

Bagaimanapun, aktres itu tidak mahu mengulas lanjut mengenai laporan itu selagi belum menandatangani kontrak projek.

(Sumber: Masala)

(Sumber foto: Gulf News)



Suggested Articles

Salman-Khan-Bakal-Muncul-Dengan-Filem-Terakhir-Dari-Francais-Tiger Bolly Lah
ARTICLE
  • 06 Aug 2020

Salman Khan Bakal Muncul Dengan Filem Terakhir Dari Francais "Tiger

Bintang Bollywood itu merancang untuk menghasilkan filemnya secara besar-besaran.

Rakan-Sushant-Singh-Rajput-Dedah-Aktor-Itu-Mahu-Bercakap-Dengan-Media-Tentang-Disha-Salian Bolly Lah
ARTICLE
  • 06 Aug 2020

Rakan Sushant Singh Rajput Dedah Aktor Itu Mahu Bercakap Dengan Media Tentang Disha Salian

Mereka pernah berbual beberapa hari sebelum kematiannya.

Sharad-Malhotra-Bakal-Jadi-Antagonis-Dalam-Naagin-5 Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Aug 2020

Sharad Malhotra Bakal Jadi Antagonis Dalam "Naagin 5"?

Difahamkan aktor itu adalah pilihan terakhir pihak penerbit untuk menjayakan watak tersebut.

Sushant-Singh-Rajput-Pernah-Cari-Cara-Mati-Tanpa-Sakit-Di-Internet Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Aug 2020

Sushant Singh Rajput Pernah Cari Cara Mati Tanpa Sakit Di Internet

Polis mendakwa aktor itu menghidap skizofrenia dan sedang menjalani rawatan.

Bapa-Sushant-Singh-Rajput-Failkan-FIR-Terhadap-Rhea-Chakraborty Bolly Lah
ARTICLE
  • 29 Jul 2020

Bapa Sushant Singh Rajput Failkan FIR Terhadap Rhea Chakraborty

Bapa Sushant turut membuat beberapa tuduhan berat lain terhadap aktres tersebut.

Pengarah-Aksi-Bollywood-Parvez-Khan-Meninggal-Dunia-Pada-Usia-55-Tahun Bolly Lah
ARTICLE
  • 28 Jul 2020

Pengarah Aksi Bollywood Parvez Khan Meninggal Dunia Pada Usia 55 Tahun

Difahamkan Parvez menderita serangan jantung pada malam sebelum kematiannya.