CLOSE
CLOSE AD

Akshay Kumar tersenarai dalam Selebriti Terkaya Forbes 2019

  • 12 Jul 2019
Akshay-Kumar-tersenarai-dalam-Selebriti-Terkaya-Forbes-2019

Bintang Bollywood terkenal Akshay Kumar mencatat sejarah apabila tersenarai sebagai satu-satunya selebriti dari India dalam senarai Selebriti Terkaya Di Dunia Forbes 2019.

Majalah tersebut telah memberi gelaran 'Bollywood's top-earning star' kepada aktor tersebut dengan nilai pendapatan sekurang-kurangnya USD5 hingga USD 10 juta bagi sesebuah filem.

Kedudukan Akshay terletak di nombor 33 dalam senarai itu, sekaligus telah melonjakkan namanya mengatasi selebriti Bollywood yang tersenarai pada tahun-tahun sebelumnya.

Seperti yang dilaporkan menerusi Masala, sebelum ini bintang terkenal Shah Rukh Khan dan Salman Khan juga pernah disenaraikan dalam carta tersebut.

Dalam pada itu juga, kedudukan Akshay telah mengatasi nama-nama besar seperti Bradley Cooper, Rihanna, Jackie Chan, Tiger Woods dan Katy Perry.

Antara selebriti Hollywood yang memperoleh tangga tertinggi dalam carta itu ialah Taylor Swift, Kylie Jenner, Kanye West, Lionel Messi, Ed Sheeran dan ramai lagi.

Beralih ke perkembangan terbaru, Akshay kini mempunyai beberapa filem besar dalam genggamannya yang bakal diterbitkan tidak lama lagi.

Buat masa ini, dia sedang menjalani penggambaran filem aksi arahan Rohit Shetty berjudul "Sooryavanshi" di mana dia akan berganding dengan Katrina Kaif.

Selain itu, Akshay juga akan membintangi filem angkasa lepas pertama India iaitu "Mission Mangal" yang akan ditayangkan bermula Ogos depan.

Antara filem terbaru yang bakal dibintanginya juga termasuklah "Good News", "Housefull 4" dan filem komedi seram "Laxmmi Bomb".

(Sumber artikel: Masala)

(Sumber foto: The Express Tribune)



Suggested Articles

Hrithik-Roshan-Kembali-Berkongsi-Skrin-Dengan-Watak-Makhluk-Asing-dalam-Krrish-4 Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 May 2020

Hrithik Roshan Kembali Berkongsi Skrin Dengan Watak Makhluk Asing dalam "Krrish 4"

Hrithik memberi petunjuk itu kepada para peminat menerusi Twitter.

Dia-Mirza-Ingin-Realisasikan-Sekuel-Rehnaa-Hai-Terre-Dil-Mein Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 May 2020

Dia Mirza Ingin Realisasikan Sekuel "Rehnaa Hai Terre Dil Mein"

Aktres itu mahu penuhi permintaan peminat untuk lihatnya berlakon dengan R. Madhavan.

Kartik-Aaryan-Jelas-Tindakan-Padam-Video-Selepas-Dikecam-netizen Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 May 2020

Kartik Aaryan Jelas Tindakan Padam Video Selepas Dikecam netizen

Kartik dituduh menggalakkan keganasan rumah tangga melalui video yang dimuat naiknya.

Tiada-Filem-Salman-Khan-Akan-Dirilis-Pada-Aidilfitri-2020 Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 May 2020

Tiada Filem Salman Khan Akan Dirilis Pada Aidilfitri 2020

Bintang terkenal itu sepatutnya menayangkan filem terbaru "Radhe: Your Most Wanted Bhai".

Isteri-Nawazuddin-Siddiqui-Aaliya-Dedah-Penderaan-Mental-Dan-Fizikal-Keluarga-Suami Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 May 2020

Isteri Nawazuddin Siddiqui, Aaliya Dedah Penderaan Mental Dan Fizikal Keluarga Suami

Awal bulan ini, Aaliya memfailkan penceraian terhadap suaminya.

Priyanka-Chopra-Buat-Penampilan-Cameo-Dalam-Video-muzik-Nick-Jonas Bolly Lah
ARTICLE
  • 21 May 2020

Priyanka Chopra Buat Penampilan Cameo Dalam Video muzik Nick Jonas

Video muzik itu telah dirakamkan oleh Priyanka di kawasan kediaman mereka.