CLOSE
CLOSE AD

Patung Lilin Aishwarya Rai Dipamer di Madame Tussauds Sydney

  • 25 Jul 2019
Patung-Lilin-Aishwarya-Rai-Dipamer-di-Madame-Tussauds-Sydney

Pihak Madame Tussauds Sydney mengumumkan bahawa mereka akan mempamerkan patung lilin diva Bollywood, Aishwarya Rai pada Rabu.

Patung lilin itu akan dipamerkan bersama patung lilin Shah Rukh Khan dan Priyanka Chopra Jonas di bahagian "Lights, Camera, Bollywood" yang dibuat khas bagi selebriti Bollywood.

"Kami berasa teruja mengumumkan Aishwarya Rai telah menyertai keluarga Madame Tussauds dan akan berada di sini buat dalam tempoh yang terhad sahaja.

"Dia merupakan salah seorang selebriti paling popular dan berpengaruh di India dan kami pasti dia akan menerima sambutan yang menggalakkan di sini," ujar Ketua Pengurus Madame Tussauds Sydney, Mark Connolly.

Tambahnya lagi, bahagian "Lights, Camera, Bollywood" telah dibuka pada April dan ia merupakan salah satu bahagian yang paling digemari oleh para pengunjung di sana.

"Ia benar-benar menggambarkan latar belakang dan balik tabir set produksi filem Bollywood dan kami gembira dapat melihat keseronokan para pengunjung apabila melihat gelagat mereka mempelajari tarian Bollywood," katanya.

Seperti yang dilaporkan menerusi Hindustan Times, patung lilin Aishwarya dibuat berdasarkan penampilannya di karpet merah tayangan perdana filem "Robin Hood" di Festival Filem Cannes ke-63 pada Mei 2010.

Buat pengetahuan pengunjung, patung lilin tersebut hanya akan berada di Madame Tussauds Sydney sehingga Januari tahun hadapan.

Aishwarya Rai merupakan selebriti wanita Bollywood pertama untuk mempunyai patung lilin berprestij Madame Tussauds dihasilkan di London pada 2004 dan kini patungnya dipamerkan di seluruh dunia.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber artikel: Hindustan Times)
(Sumber foto: Madame Tussauds Sydney Facebook)



Suggested Articles

Kematian-Kontroversi-Selebriti-Yang-Mengejutkan-Dunia-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 May 2020

Kematian Kontroversi Selebriti Yang Mengejutkan Dunia Bollywood

Ini adalah kes kematian selebriti yang tercatat dalam sejarah industri Bollywood.

Filem-Bollywood-Yang-Diharamkan-Di-Malaysia Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 May 2020

Filem Bollywood Yang Diharamkan Di Malaysia

Jom lihat mengapa filem-filem Hindi ini diharamkan tayangannya di pawagam Malaysia!

Hrithik-Roshan-Kembali-Berkongsi-Skrin-Dengan-Watak-Makhluk-Asing-dalam-Krrish-4 Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 May 2020

Hrithik Roshan Kembali Berkongsi Skrin Dengan Watak Makhluk Asing dalam "Krrish 4"

Hrithik memberi petunjuk itu kepada para peminat menerusi Twitter.

Dia-Mirza-Ingin-Realisasikan-Sekuel-Rehnaa-Hai-Terre-Dil-Mein Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 May 2020

Dia Mirza Ingin Realisasikan Sekuel "Rehnaa Hai Terre Dil Mein"

Aktres itu mahu penuhi permintaan peminat untuk lihatnya berlakon dengan R. Madhavan.

Kartik-Aaryan-Jelas-Tindakan-Padam-Video-Selepas-Dikecam-netizen Bolly Lah
ARTICLE
  • 23 May 2020

Kartik Aaryan Jelas Tindakan Padam Video Selepas Dikecam netizen

Kartik dituduh menggalakkan keganasan rumah tangga melalui video yang dimuat naiknya.

Tiada-Filem-Salman-Khan-Akan-Dirilis-Pada-Aidilfitri-2020 Bolly Lah
ARTICLE
  • 22 May 2020

Tiada Filem Salman Khan Akan Dirilis Pada Aidilfitri 2020

Bintang terkenal itu sepatutnya menayangkan filem terbaru "Radhe: Your Most Wanted Bhai".