CLOSE
CLOSE AD

Anurag Kashyap Terima Ugutan Bunuh di Twitter

  • 26 Jul 2019
Anurag-Kashyap-Terima-Ugutan-Bunuh-di-Twitter

Pembikin filem Anurag Kashyap melaporkan kepada pihak polis Mumbai apabila telah menerima satu ugutan bunuh menerusi laman Twitter.

Tanpa membuang masa, pihak polis telah mengambil serius mengenai perkara itu serta menasihati Anurag untuk segera membuat laporan di balai supaya tindakan lanjut boleh diteruskan.

Ugutan berkenaan telah dimuat naik melalui status Twitter oleh seorang lelaki yang mengatakan dia sedang menunggu peluang untuk bersemuka dengan Anurag dan telah bersedia dengan dua pucuk senapang.

Perkara itu tercetus selepas Anurag memberi respon kepada beberapa status mengenai politik yang berbeza pendapat dan ini bukan kali pertama pembikin filem tersebut menerima ugutan sedemikian.

Pada Mei lalu, Anurag telah menfailkan laporan maklumat pertama (FIR) kepada pihak berkuasa setelah anak perempuannya menerima ugutan rogol.

Di kesempatan itu, Anurag mengucapkan terima kasih kepada pihak polis atas bantuan dan sokongan yang diberikan kepadanya dalam menyelesaikan kes tersebut.

Seperti yang dilaporkan oleh Times of India, Anurag bakal menerbitkan filem "Saand Ki Aankh" yang dibintangi Bhumi Pednekar dan Taapsee Pannu.

Filem yang diarahkan oleh Tushar Hiranandani itu akan dikeluarkan pada 25 Oktober tahun ini.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber artikel: Pinkvilla)
(Sumber foto: Weekly Voice)



Suggested Articles

Shah-Rukh-Khan-Dedah-Pernah-Cuba-Beli-Anugerah-Aktor-Terbaik-Filmfare Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jun 2020

Shah Rukh Khan Dedah Pernah Cuba Beli Anugerah Aktor Terbaik Filmfare

Aktor itu pernah menawarkan wang rasuah bagi merangkul trofi anugerah tersebut.

Anurag-Kashyap-Tubuhkan-Syarikat-Produksi-Good-Bad-Films Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jun 2020

Anurag Kashyap Tubuhkan Syarikat Produksi Good Bad Films

Ini merupakan syarikat produksi ketiga yang ditubuhkan oleh pengarah filem tersebut.

Dipika-Kakar-Terima-Tawaran-Terajui-Siri-TV-Naagin-5 Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jun 2020

Dipika Kakar Terima Tawaran Terajui Siri TV "Naagin 5"?

Spekulasi mengatakan penerbit Ekta Kapoor sudah lama ingin bekerjasama dengan aktres itu.

Bintang-TikTok-Heena-Mirip-Karisma-Kapoor Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jun 2020

Bintang TikTok Heena Mirip Karisma Kapoor

Para peminat terkejut dan keliru melihat persamaan yang ada pada kedua-dua wanita itu.

Zaira-Wasim-Kembali-Aktif-Di-Media-Sosial Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jun 2020

Zaira Wasim Kembali Aktif Di Media Sosial

Bekas aktres itu menjelaskan mengapa dia menutup akaun media sosialnya selama beberapa hari.

Set-Filem-Biopik-Ajay-Devgn-Maidaan-Telah-Dirobohkan Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jun 2020

Set Filem Biopik Ajay Devgn "Maidaan" Telah Dirobohkan

Pihak produksi membuat keputusan itu kerana ia tidak dapat digunakan akibat musim tengkujuh.