CLOSE
CLOSE AD

Sonakshi Sinha Bakal Rilis Album Sulungnya

  • 01 Aug 2019
Sonakshi-Sinha-Bakal-Rilis-Album-Sulungnya

Jika sebelum ini hanya menyumbangkan suara menerusi lagu dalam filem, kini aktres Sonakshi Sinha bakal menerbitkan album sulung sendiri.

"Saya telah merakamkan kira-kira empat ke lima buah lagu yang digubah oleh rakan saya, Vishal Mishra. Sudah lama saya ingin menceburi bidang nyanyian kerana ianya adalah aktiviti yang saya gemari.

"Saya tiada masa untuk merakamkan video muzik kerana terikat dengan jadual penggambaran bagi beberapa buah filem namun selepas selesai dengan komitmen ini, saya akan meneruskan dengan rancangan saya," janji aktes itu.

Antara lagu yang pernah dinyanyikannya ialah "Let's Celebrate" dalam filem "Tevar", "Rajj Rajj Ke" dalam filem "Akira", "Move Your Lakk" dalam filem "Noor" serta single pertamanya berjudul "Aaj Mood Ishqholic Hai" di bawah label muzik dan filem T-Series.

Menurut laporan dari Mumbai Mirror, Sonakshi turut mendedahkan rancangannya untuk mengadakan sebuah pameran seni lukis. Tambahnya lagi, melukis adalah salah satu kelebihan dan hobinya.

Bagaimanapun, dia hanya akan berbuat demikian sekiranya sudah mempunyai banyak lukisan dengan harapan untuk berkongsi karya seni lukisnya kepada seluruh dunia.

Dalam perkembangan lain, aktres itu sedang menantikan tayangan filem barunya berjudul "Khandaani Shafakhana" bersama Varun Sharma, Annu Kapoor dan Badshah.

Selain itu, dia kini sedang menjalani penggambaran bagi filem "Bhuj: The Pride of India" bersama aktor gandingannya, Ajay Devgn.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber artikel: Mumbai Mirror)
(Sumber foto: Urban Asian)



Suggested Articles

Anurag-Kashyap-Tubuhkan-Syarikat-Produksi-Good-Bad-Films Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jun 2020

Anurag Kashyap Tubuhkan Syarikat Produksi Good Bad Films

Ini merupakan syarikat produksi ketiga yang ditubuhkan oleh pengarah filem tersebut.

Lara-Dutta-Tak-Selesa-Dibandingkan-Dengan-Priyanka-Chopra Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jun 2020

Lara Dutta Tak Selesa Dibandingkan Dengan Priyanka Chopra

Aktres itu sering menerima kritikan ramai kerana tidak menerima tawaran filem Hollywood.

Zaira-Wasim-Kembali-Aktif-Di-Media-Sosial Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jun 2020

Zaira Wasim Kembali Aktif Di Media Sosial

Bekas aktres itu menjelaskan mengapa dia menutup akaun media sosialnya selama beberapa hari.

Set-Filem-Biopik-Ajay-Devgn-Maidaan-Telah-Dirobohkan Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jun 2020

Set Filem Biopik Ajay Devgn "Maidaan" Telah Dirobohkan

Pihak produksi membuat keputusan itu kerana ia tidak dapat digunakan akibat musim tengkujuh.