CLOSE
CLOSE AD

Kirti Kulhari bakal bintangi 'remake' "The Girl on the Train"

  • 06 Aug 2019
Kirti-Kulhari-bakal-bintangi-remake-The-Girl-on-the-Train

Aktres Kirti Kulhari bakal menyertai Parineeti Chopra dalam 'remake' filem "The Girl on the Train" selepas dia bersetuju untuk membintanginya.

Menerusi filem bergenre thriller tersebut, Kirti telah diberikan watak sebagai seorang anggota polis wanita British bernama Aaliya Shergill.

Seperti yang dilaporkan oleh Mumbai Mirror, Kirti bakal berangkat ke London pada 15 Ogos untuk menyertai Parineeti dan kru produksi yang telah memulakan sesi penggambaran pada Ahad lalu.

Kirti turut meluahkan rasa teruja untuk berlakon bersama Parineeti memandangkan dia tidak pernah bersemuka dengan aktres tersebut.

Menurut Kirti, dia telah menerima panggilan daripada pengarah Ribhu Dasgupta yang menawarkan watak tersebut kepadanya. Sebagai persiapan, dia juga perlu menjalani latihan kecergasan termasuk 'kickboxing'.

"Ia satu karakter yang unik, sesuatu yang saya rasa tidak pernah sesiapa dalam industri Bollywood bawakan sebelum ini. Latihan itu akan membantu saya memahami bahasa tubuh seorang anggota polis.

"Kami juga ada terfikir untuk membuat latihan dialek British namun Ribhu khuatir ia akan mengganggu tumpuan saya terhadap latihan lain. Sebagai ganti, saya menonton dokumentari misteri pembunuhan untuk memahami kerja seorang anggota polis penyiasat di UK," katanya.

Melihat filem-filem yang mengetengahkan watak wanita semakin banyak diterbitkan, Kirti berkata dia berasa gembira kerana berpeluang untuk membintangi filem sebegitu.

Dalam perkembangan lain, Kirti akan membuat penampilan menerusi filem Akshay Kumar iaitu "Mission Mangal" yang bakal dirilis pada 15 Ogos bersamaan dengan Hari Kemerdekaan India.

(Sumber artikel: Mumbai Mirror)

(Sumber foto: Kirti Kulhari Instagram)



Suggested Articles

Shah-Rukh-Khan-Dedah-Pernah-Cuba-Beli-Anugerah-Aktor-Terbaik-Filmfare Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jun 2020

Shah Rukh Khan Dedah Pernah Cuba Beli Anugerah Aktor Terbaik Filmfare

Aktor itu pernah menawarkan wang rasuah bagi merangkul trofi anugerah tersebut.

Anurag-Kashyap-Tubuhkan-Syarikat-Produksi-Good-Bad-Films Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jun 2020

Anurag Kashyap Tubuhkan Syarikat Produksi Good Bad Films

Ini merupakan syarikat produksi ketiga yang ditubuhkan oleh pengarah filem tersebut.

Dipika-Kakar-Terima-Tawaran-Terajui-Siri-TV-Naagin-5 Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jun 2020

Dipika Kakar Terima Tawaran Terajui Siri TV "Naagin 5"?

Spekulasi mengatakan penerbit Ekta Kapoor sudah lama ingin bekerjasama dengan aktres itu.

Bintang-TikTok-Heena-Mirip-Karisma-Kapoor Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jun 2020

Bintang TikTok Heena Mirip Karisma Kapoor

Para peminat terkejut dan keliru melihat persamaan yang ada pada kedua-dua wanita itu.

Lara-Dutta-Tak-Selesa-Dibandingkan-Dengan-Priyanka-Chopra Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jun 2020

Lara Dutta Tak Selesa Dibandingkan Dengan Priyanka Chopra

Aktres itu sering menerima kritikan ramai kerana tidak menerima tawaran filem Hollywood.

Zaira-Wasim-Kembali-Aktif-Di-Media-Sosial Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jun 2020

Zaira Wasim Kembali Aktif Di Media Sosial

Bekas aktres itu menjelaskan mengapa dia menutup akaun media sosialnya selama beberapa hari.