CLOSE
CLOSE AD

Saif Ali Khan & Aamir Khan bakal bintangi 'remake' "Vikram Vedha"?

  • 06 Aug 2019
Saif-Ali-Khan-Aamir-Khan-bakal-bintangi-remake-Vikram-Vedha

Saif Ali Khan dan Aamir Khan bakal bergandingan dalam filem selepas 18 tahun.

Bintang terkenal Saif Ali Khan dan Aamir Khan dilaporkan telah bersetuju untuk menerima tawaran untuk membintangi 'remake' filem "Vikram Vedha" versi Hindi.

"Vikram Vedha" merupakan salah sebuah filem thriller Tamil yang berjaya pecah panggung sejak ia ditayangkan pada 2017. Ia menampilkan dua pelakon utama iaitu Madhavan dan Vijay Sethupathi.

Menurut laporan yang dipetik dari The News Minute, Saif akan membawa watak anggota polis bernama Vikram yang dimainkan oleh Madhavan, sementara Aamir membawa watak gangster paling dikehendaki iaitu Vedha.

Bagaimanapun, sebarang pengumuman rasmi masih belum dibuat oleh kedua-dua pelakon utama tersebut memandangkan filem itu kini dalam proses pra produksi.

Pengarah filem asal, Pushkar-Gayatri bakal mengarah 'remake' itu dan penggambaran dijangka bermula pada hujung tahun ini. Pembikin filem mensasarkan untuk menayangkannya pada suku pertama 2020.

Jika filem itu direalisasikan, ia akan menandakan kolaborasi dua aktor tersebut selepas 18 tahun sejak mereka membintangi filem pecah panggung "Dil Chahta Hai" pada 2001.

Dalam pada itu, Saif kini sedang menjalani penggambaran filem "Jawaani Jaaneman" di London sementara Aamir pula baru sahaja mengumumkan bahawa dia bakal membikin 'remake' filem Hollywood "Forrest Gump".

(Sumber artikel: The News Minute)

(Sumber foto: GQ India & Filmfare)



Suggested Articles

Anurag-Kashyap-Tubuhkan-Syarikat-Produksi-Good-Bad-Films Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jun 2020

Anurag Kashyap Tubuhkan Syarikat Produksi Good Bad Films

Ini merupakan syarikat produksi ketiga yang ditubuhkan oleh pengarah filem tersebut.

Dipika-Kakar-Terima-Tawaran-Terajui-Siri-TV-Naagin-5 Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jun 2020

Dipika Kakar Terima Tawaran Terajui Siri TV "Naagin 5"?

Spekulasi mengatakan penerbit Ekta Kapoor sudah lama ingin bekerjasama dengan aktres itu.

Bintang-TikTok-Heena-Mirip-Karisma-Kapoor Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jun 2020

Bintang TikTok Heena Mirip Karisma Kapoor

Para peminat terkejut dan keliru melihat persamaan yang ada pada kedua-dua wanita itu.

Lara-Dutta-Tak-Selesa-Dibandingkan-Dengan-Priyanka-Chopra Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jun 2020

Lara Dutta Tak Selesa Dibandingkan Dengan Priyanka Chopra

Aktres itu sering menerima kritikan ramai kerana tidak menerima tawaran filem Hollywood.

Zaira-Wasim-Kembali-Aktif-Di-Media-Sosial Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jun 2020

Zaira Wasim Kembali Aktif Di Media Sosial

Bekas aktres itu menjelaskan mengapa dia menutup akaun media sosialnya selama beberapa hari.

Set-Filem-Biopik-Ajay-Devgn-Maidaan-Telah-Dirobohkan Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jun 2020

Set Filem Biopik Ajay Devgn "Maidaan" Telah Dirobohkan

Pihak produksi membuat keputusan itu kerana ia tidak dapat digunakan akibat musim tengkujuh.