CLOSE
CLOSE AD

Parineeti Chopra ingin berlakon dalam filem Hollywood dan Marathi

  • 07 Aug 2019
Parineeti-Chopra-ingin-berlakon-dalam-filem-Hollywood-dan-Marathi

Walaupun berkeinginan untuk mengikut jejak langkah sepupunya, Priyanka Chopra Jonas, ke bidang Hollywood, namun buat masa ini aktres Parineeti Chopra masih selesa dalam bidang Bollywood.

"Saya teringin untuk mengikut Priyanka, tetapi buat masa ini, saya teruja dengan tawaran yang diberikan di India dan saya dapat melakonkan pelbagai watak berbeza.

"Contohnya dalam "Jabariya Jodi", saya pasti penonton akan terhibur dengan lakonan saya dan Sid (Sidharth Malhotra). Saya juga ada bercakap dengan Sid mengenai kehebatan industri filem Marathi dan kualiti filemnya," ujarnya.

Menurut laporan dari Times of India, Parineeti berkata dia dan Sidharth sangat mengagumi aktor-aktor filem Marathi, terutamanya Sachin Khedekar.

Jika berpeluang, dia ingin berlakon dalam filem tersebut memandangkan industri itu banyak menyentuh pelbagai aspek yang berlainan.

Dalam pada itu, Parineeti turut memuji abang iparnya, Nick Jonas, kerana dia sangat mengambil berat terhadap keluarga mereka dan sentiasa bersikap positif.

"Nick telah mengajar saya untuk menghargai perkara-perkara kecil dalam hidup. Walaupun masih muda, namun dia sangat matang. Dia adalah suami yang baik kepada Priyanka dan abang ipar kepada saya," jelasnya.

Aktres itu kini berada di London untuk menjalani penggambaran 'remake' filem Hollywood "The Girl on the Train". Dia menganggap wataknya adalah yang paling sukar untuk dilakonkan dan suatu pengalaman baru baginya.

(Sumber artikel: Times of India)
(Sumber foto: Parineeti Chopra Instagram)



Suggested Articles

Bintang-TikTok-Heena-Mirip-Karisma-Kapoor Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jun 2020

Bintang TikTok Heena Mirip Karisma Kapoor

Para peminat terkejut dan keliru melihat persamaan yang ada pada kedua-dua wanita itu.

Lara-Dutta-Tak-Selesa-Dibandingkan-Dengan-Priyanka-Chopra Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jun 2020

Lara Dutta Tak Selesa Dibandingkan Dengan Priyanka Chopra

Aktres itu sering menerima kritikan ramai kerana tidak menerima tawaran filem Hollywood.

Zaira-Wasim-Kembali-Aktif-Di-Media-Sosial Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jun 2020

Zaira Wasim Kembali Aktif Di Media Sosial

Bekas aktres itu menjelaskan mengapa dia menutup akaun media sosialnya selama beberapa hari.

Set-Filem-Biopik-Ajay-Devgn-Maidaan-Telah-Dirobohkan Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jun 2020

Set Filem Biopik Ajay Devgn "Maidaan" Telah Dirobohkan

Pihak produksi membuat keputusan itu kerana ia tidak dapat digunakan akibat musim tengkujuh.