CLOSE
CLOSE AD

Ajay Devgn dan Abhishek Bachchan Kembali Bersatu dalam Filem Baru

  • 08 Aug 2019
Ajay-Devgn-dan-Abhishek-Bachchan-Kembali-Bersatu-dalam-Filem-Baru

Aktor Ajay Devgn dan Abhishek Bachchan bakal disatukan semula selepas tujuh tahun dalam filem baru yang akan diterbitkan oleh Ajay sendiri.

Bagaimanapun, filem itu masih belum diberi judul dan akan menampilkan Abhishek dan Ileana D'Cruz sebagai peneraju utama. Namun, mereka berdua tidak akan digandingkan sebagai pasangan dalam filem.

Seperti yang dilaporkan menerusi Bollywood Life, ia akan diarahkan oleh Kookie Gulati yang sebelum ini pernah menjadi pengarah kreatif bagi filem "Total Dhamaal". Filem arahan Indra Kumar itu turut dibintangi oleh Ajay.

"Filem ini berdasarkan kisah benar yang berlaku di antara tahun 1990 dan 2000 dan mengubah kewangan India. Ajay sangat menyukai dengan idea itu dan terus bersetuju untuk menerbitkannya.

"Buat masa ini, pihak produksi sedang mencari aktres yang sesuai untuk digandingkan dengan Abhishek. Penggambaran akan bermula pada penghujung tahun ini," dedah satu sumber terdekat.

Sebelum ini, Ajay dan Abhishek pernah berganding dalam empat buah filem iaitu "Zameen", "LOC Kargil", "Yuva" dan "Bol Bachchan".

Dalam perkembangan baru, Ajay kini sedang terlibat dengan penggambaran filem "Bhuj: The Pride of India" yang menampilkan Parineeti Chopra, Sonakshi Sinha dan Sanjay Dutt.

Sementara itu, Abhishek pula akan membintangi sebuah filem baru arahan Anurag Basu namun sebarang butiran lanjut masih belum diumumkan.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber artikel: Bollywood Life)
(Sumber foto: Masala!)



Suggested Articles

Bintang-TikTok-Heena-Mirip-Karisma-Kapoor Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jun 2020

Bintang TikTok Heena Mirip Karisma Kapoor

Para peminat terkejut dan keliru melihat persamaan yang ada pada kedua-dua wanita itu.

Lara-Dutta-Tak-Selesa-Dibandingkan-Dengan-Priyanka-Chopra Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jun 2020

Lara Dutta Tak Selesa Dibandingkan Dengan Priyanka Chopra

Aktres itu sering menerima kritikan ramai kerana tidak menerima tawaran filem Hollywood.

Zaira-Wasim-Kembali-Aktif-Di-Media-Sosial Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jun 2020

Zaira Wasim Kembali Aktif Di Media Sosial

Bekas aktres itu menjelaskan mengapa dia menutup akaun media sosialnya selama beberapa hari.

Set-Filem-Biopik-Ajay-Devgn-Maidaan-Telah-Dirobohkan Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jun 2020

Set Filem Biopik Ajay Devgn "Maidaan" Telah Dirobohkan

Pihak produksi membuat keputusan itu kerana ia tidak dapat digunakan akibat musim tengkujuh.

Akshay-Kumar-Ingin-Ambil-Tindakan-Terhadap-Media-Yang-Laporkan-Berita-Palsu Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jun 2020

Akshay Kumar Ingin Ambil Tindakan Terhadap Media Yang Laporkan Berita Palsu

Akshay sering terpalit dengan pelbagai berita palsu sejak akhir-akhir ini.

Pembikin-Filem-India-Selatan-Yang-Mencipta-Nama-Di-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jun 2020

Pembikin Filem India Selatan Yang Mencipta Nama Di Bollywood

Jom lihat senarai pembikin filem India Selatan yang menghasilkan filem Hindi berkualiti!