CLOSE
CLOSE AD

Rohit Shetty terima penghargaan dari Bulgaria

  • 16 Aug 2019
Rohit-Shetty-terima-penghargaan-dari-Bulgaria

 

Pembikin filem Rohit Shetty meluahkan rasa teruja apabila Kedutaan India di Bulgaria telah memberi penghargaan kepadanya pada Hari Kemerdekaan India (15 Ogos).

Berikutan itu, Rohit telah berkongsi satu klip video di laman Instagram miliknya, di mana dia menerima satu sijil penghargaan kerana sumbangan membawa masuk filem-filem serta produksi Bollywood di Bulgaria.

Ternyata filem-filem Bollywood yang dibawa masuk oleh Rohit telah membantu untuk meningkatkan lagi industri pelancongan di negara tersebut.

"Inilah yang dikatakan 'Kuasa Industri Filem India'. Tahun lalu, Bulgaria telah mencatatkan peningkatan sebanyak 23 peratus kedatangan pelancong India ke sana selepas filem "Dilwale".

"Saya berasa bangga dan berbesar hati kerana diberikan penghargaan daripada Kedutaan India di Bulgaria pada hari kegemilangan ini," ujarnya menerusi laporan yang dipetik dari Times of India.

Kebanyakan babak dari filem "Dilwale" 2015 yang dibintangi oleh Shah Rukh Khan dan Kajol telah difilemkan di Bulgaria dan selebihnya difilemkan di wilayah Goa, India.

Dalam perkembangan baru, Rohit kini sibuk dalam pembikinan filem aksi terbarunya berjudul "Sooryavanshi" yang menampilkan Akshay Kumar dan Katrina Kaif sebagai peneraju utama.

Filem terbitan Rohit dan Karan Johar itu turut menandakan kolaborasi pertamanya bersama Akshay dan ia dijangka akan ditayangkan di pawagam bermula 27 Mac 2020.

(Sumber foto: India Times gallery)

(Sumber artikel: Times of India)



Suggested Articles

Salman-Khan-Bakal-Muncul-Dengan-Filem-Terakhir-Dari-Francais-Tiger Bolly Lah
ARTICLE
  • 06 Aug 2020

Salman Khan Bakal Muncul Dengan Filem Terakhir Dari Francais "Tiger

Bintang Bollywood itu merancang untuk menghasilkan filemnya secara besar-besaran.

Rakan-Sushant-Singh-Rajput-Dedah-Aktor-Itu-Mahu-Bercakap-Dengan-Media-Tentang-Disha-Salian Bolly Lah
ARTICLE
  • 06 Aug 2020

Rakan Sushant Singh Rajput Dedah Aktor Itu Mahu Bercakap Dengan Media Tentang Disha Salian

Mereka pernah berbual beberapa hari sebelum kematiannya.

Sharad-Malhotra-Bakal-Jadi-Antagonis-Dalam-Naagin-5 Bolly Lah
ARTICLE
  • 05 Aug 2020

Sharad Malhotra Bakal Jadi Antagonis Dalam "Naagin 5"?

Difahamkan aktor itu adalah pilihan terakhir pihak penerbit untuk menjayakan watak tersebut.

Sushant-Singh-Rajput-Pernah-Cari-Cara-Mati-Tanpa-Sakit-Di-Internet Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Aug 2020

Sushant Singh Rajput Pernah Cari Cara Mati Tanpa Sakit Di Internet

Polis mendakwa aktor itu menghidap skizofrenia dan sedang menjalani rawatan.

Bapa-Sushant-Singh-Rajput-Failkan-FIR-Terhadap-Rhea-Chakraborty Bolly Lah
ARTICLE
  • 29 Jul 2020

Bapa Sushant Singh Rajput Failkan FIR Terhadap Rhea Chakraborty

Bapa Sushant turut membuat beberapa tuduhan berat lain terhadap aktres tersebut.

Pengarah-Aksi-Bollywood-Parvez-Khan-Meninggal-Dunia-Pada-Usia-55-Tahun Bolly Lah
ARTICLE
  • 28 Jul 2020

Pengarah Aksi Bollywood Parvez Khan Meninggal Dunia Pada Usia 55 Tahun

Difahamkan Parvez menderita serangan jantung pada malam sebelum kematiannya.