CLOSE
CLOSE AD

Saif Ali Khan Adakan Siri Jelajah di Amerika Syarikat

  • 27 Aug 2019
Saif-Ali-Khan-Adakan-Siri-Jelajah-di-Amerika-Syarikat

Aktor Saif Ali Khan telah berlepas ke Amerika Syarikat untuk membuat siri jelajahnya di mana dia akan mengadakan rancangan bual bicara bersama para peminat.

Beberapa minggu lalu, aktor itu dilihat berada di bandar London, United Kingdom, bagi menjalani penggambaran filem "Jawaani Jaaneman" di samping bercuti bersama isteri dan anaknya, Kareena Kapoor dan Taimur Ali Khan.

Setakat ini, Saif telah melawat bandar-bandar seperti San Jose, Seattle dan Dallas, di mana dia telah berinteraksi bersama para peminat mengenai pengalaman kerjaya dan hidupnya.

Rancangan bual bicara itu akan diteruskan lagi di Houston pada 30 Ogos, diikuti Atlanta pada 31 Ogos dan New Jersey pada 1 September.

"Ini merupakan peluang untuk saya berkongsi perkara peribadi dan profesional dengan mereka. Penonton akan terhibur dengan cara pendekatan yang berbeza serta dapat berhubung dan ketawa bersama.

"Saya berasa lebih dekat dengan orang-orang yang saya berinteraksi. Ia juga salah satu cara promosi yang bagus bagi kerjaya kami," katanya yang dipetik dari laporan Pinkvilla.

Beralih ke perkembangan lain, Saif akan membintangi sebuah filem arahan Navdeep Singh berjudul "Laal Kaptaan" sebagai Naga Sadhu serta digandingkan dengan Ajay Devgn.

Selain itu, dia juga akan tampil dalam filem komedi romantik, "Dil Bechara", yang diinspirasikan dari filem dan novel Hollywood "The Fault In Our Stars".

Filem arahan Mukesh Chhabra itu diterajui oleh Sushant Singh Rajput dan Sanjana Sanghi sebagai watak utama dan bakal dirilis pada 29 November tahun ini.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Fanpop.com)
(Sumber artikel: Pinkvilla)



Suggested Articles

10-Bintang-Bollywood-Bersama-Stunt-Double-Filem-Mereka Bolly Lah
ARTICLE
  • 13 Aug 2020

10 Bintang Bollywood Bersama 'Stunt Double' Filem Mereka

Jom kenali beberapa 'stunt double' yang beraksi dalam filem-filem Bollywood kegemaran anda!

7-Bintang-Bollywood-Yang-Sanggup-Ambil-Risiko-Demi-Jayakan-Watak Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Aug 2020

7 Bintang Bollywood Yang Sanggup Ambil Risiko Demi Jayakan Watak

Bintang-bintang ini sanggup melakukan apa sahaja untuk memberi persembahan terbaik.

Billboard-USA-Perjuangkan-Hak-Sushant-Singh-Rajput Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Aug 2020

Billboard USA Perjuangkan Hak Sushant Singh Rajput

Foto Billboard itu dikongsikan oleh kakak Sushant yang menetap di Amerika Syarikat.

Pejabat-Shah-Rukh-Khan-Kini-Beroperasi-Sebagai-Wad-ICU Bolly Lah
ARTICLE
  • 10 Aug 2020

Pejabat Shah Rukh Khan Kini Beroperasi Sebagai Wad ICU

Ia dijalankan di bawah kerjasama pertubuhan MEER Foundation, Hospital Hinduja serta BMC.

Helaian-Muka-Surat-Diari-Sushant-Singh-Rajput-Telah-Dikoyakkan Bolly Lah
ARTICLE
  • 09 Aug 2020

Helaian Muka Surat Diari Sushant Singh Rajput Telah Dikoyakkan

Peguam Shehzad Poonawalla syak pihak polis menyembunyikan sesuatu tentang kes Sushant.

Salman-Khan-Bakal-Muncul-Dengan-Filem-Terakhir-Dari-Francais-Tiger Bolly Lah
ARTICLE
  • 06 Aug 2020

Salman Khan Bakal Muncul Dengan Filem Terakhir Dari Francais "Tiger

Bintang Bollywood itu merancang untuk menghasilkan filemnya secara besar-besaran.