CLOSE
CLOSE AD

Alia Bhatt seronok bekerja dengan keluarga sendiri

  • 06 Sep 2019
  • Tags:
Alia-Bhatt-seronok-bekerja-dengan-keluarga-sendiri

Aktres Alia Bhatt kini sedang sibuk bekerja dengan bapanya yang juga seorang aktor dan pembikin filem veteran, Mahesh Bhatt, dalam menjayakan filem "Sadak 2".

Filem itu merupakan sebuah sekuel kepada filem "Sadak" 1991 yang dibintangi oleh aktor veteran Sanjay Dutt dan aktres Pooja Bhatt.

Menurut Alia, pada mulanya dia berasa sedikit gementar dan teruja dalam masa yang sama, namun lama-kelamaan segala urusan kerja bersama bapanya berjalan dengan lancar.

Aktres berusia 26 tahun itu turut meluahkan rasa seronok kerana berpeluang untuk bekerja di samping ahli keluarganya sendiri.

"Bekerja dengan keluarga adalah pengalaman yang sangat menarik. Perasaan yang saya dapat rasakan sepanjang bekerja ialah seronok dan teruja. Karakter yang saya bawa kali ini berbeza dan agak sukar serta memerlukan usaha yang banyak.

"Pada awalnya saya agak gementar tetapi sekarang semuanya berjalan lancar dan saya lebih teruja menantikan tarikh rilis filem ini," ujar Alia menerusi laporan yang dipetik dari Pinkvilla.

Baru-baru ini, pihak produksi telah menjalankan jadual kedua penggambaran yang memberi fokus kepada babak percintaan Alia. Lokasi penggambaran babak itu adalah di Ooty, India.

Selain Alia, Sanjay dan Pooja, filem "Sadak 2" turut menampilkan aktor Aditya Roy Kapoor. Ia akan ditayangkan di pawagam pada 10 Julai 2020.

(Sumber foto: Grazia Magazine)
(Sumber artikel: Pinkvilla)



Suggested Articles

7-Bintang-Bollywood-Yang-Sanggup-Ambil-Risiko-Demi-Jayakan-Watak Bolly Lah
ARTICLE
  • 12 Aug 2020

7 Bintang Bollywood Yang Sanggup Ambil Risiko Demi Jayakan Watak

Bintang-bintang ini sanggup melakukan apa sahaja untuk memberi persembahan terbaik.

Billboard-USA-Perjuangkan-Hak-Sushant-Singh-Rajput Bolly Lah
ARTICLE
  • 11 Aug 2020

Billboard USA Perjuangkan Hak Sushant Singh Rajput

Foto Billboard itu dikongsikan oleh kakak Sushant yang menetap di Amerika Syarikat.

Pejabat-Shah-Rukh-Khan-Kini-Beroperasi-Sebagai-Wad-ICU Bolly Lah
ARTICLE
  • 10 Aug 2020

Pejabat Shah Rukh Khan Kini Beroperasi Sebagai Wad ICU

Ia dijalankan di bawah kerjasama pertubuhan MEER Foundation, Hospital Hinduja serta BMC.

Helaian-Muka-Surat-Diari-Sushant-Singh-Rajput-Telah-Dikoyakkan Bolly Lah
ARTICLE
  • 09 Aug 2020

Helaian Muka Surat Diari Sushant Singh Rajput Telah Dikoyakkan

Peguam Shehzad Poonawalla syak pihak polis menyembunyikan sesuatu tentang kes Sushant.

Salman-Khan-Bakal-Muncul-Dengan-Filem-Terakhir-Dari-Francais-Tiger Bolly Lah
ARTICLE
  • 06 Aug 2020

Salman Khan Bakal Muncul Dengan Filem Terakhir Dari Francais "Tiger

Bintang Bollywood itu merancang untuk menghasilkan filemnya secara besar-besaran.

Rakan-Sushant-Singh-Rajput-Dedah-Aktor-Itu-Mahu-Bercakap-Dengan-Media-Tentang-Disha-Salian Bolly Lah
ARTICLE
  • 06 Aug 2020

Rakan Sushant Singh Rajput Dedah Aktor Itu Mahu Bercakap Dengan Media Tentang Disha Salian

Mereka pernah berbual beberapa hari sebelum kematiannya.