CLOSE
CLOSE AD

Alia Bhatt Ingin Jadi Pelakon Serba Boleh

  • 07 Oct 2019
Alia-Bhatt-Ingin-Jadi-Pelakon-Serba-Boleh

Sebagai seorang individu yang terlibat dalam industri perfileman Bollywood, aktres Alia Bhatt berpendapat bahawa dia tidak perlu meletakkan batasan terhadap pemilihan watak.

"Jika saya meletakkan terlalu banyak halangan dan batasan dalam fikiran ketika memilih filem atau watak yang ditawarkan, ia tidak akan membantu saya untuk menjadi seorang pelakon yang serba boleh.

"Sebagai seorang penghibur, ada masa yang memerlukan saya untuk berfikiran kreatif. Saya lebih gemar berfikiran terbuka apabila membaca skrip atau mendengar jalan cerita," ujarnya yang dipetik dari Hindustan Times.

Tambah aktres filem "Gully Boy" itu lagi, dia akan cuba menghiburkan penonton dan dalam masa yang sama memilih watak yang sesuai dengan jiwanya.

Di samping itu, Alia turut sedar akan peranannya sebagai pelakon yang mampu mempengaruhi penonton dan percaya bahawa mereka mampu membezakan antara fiksyen dan realiti.

"Jika saya membawa watak seorang pembunuh dalam filem, tidak semestinya saya menyokong tindakan itu atau saya seorang pembunuh dalam dunia sebenar," katanya.

Beralih ke perkembangan lain, aktres berusia 26 tahun itu bakal tampil dalam filem terbarunya, "Brahmastra", di mana dia akan berkongsi skrin dengan aktor Ranbir Kapoor.

Baru-baru ini juga, Alia telah membantu aktiviti mengumpul dana bagi golongan kanak-kanak yang menghidap sakit jantung dengan mengadakan pameran seni lukis bertemakan 'Art for the Heart'.

Alia telah dibantu oleh seorang doktor kardiologi pediatrik, Sumitra Venkatesh, yang bekerja di Hospital Kanak-Kanak Bai Jerbai Wadia, Mumbai.

(Sumber foto: Filmfare)
(Sumber artikel: Hindustan Times)



Suggested Articles

Lara-Dutta-Tak-Selesa-Dibandingkan-Dengan-Priyanka-Chopra Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jun 2020

Lara Dutta Tak Selesa Dibandingkan Dengan Priyanka Chopra

Aktres itu sering menerima kritikan ramai kerana tidak menerima tawaran filem Hollywood.

Zaira-Wasim-Kembali-Aktif-Di-Media-Sosial Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jun 2020

Zaira Wasim Kembali Aktif Di Media Sosial

Bekas aktres itu menjelaskan mengapa dia menutup akaun media sosialnya selama beberapa hari.

Set-Filem-Biopik-Ajay-Devgn-Maidaan-Telah-Dirobohkan Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jun 2020

Set Filem Biopik Ajay Devgn "Maidaan" Telah Dirobohkan

Pihak produksi membuat keputusan itu kerana ia tidak dapat digunakan akibat musim tengkujuh.

Akshay-Kumar-Ingin-Ambil-Tindakan-Terhadap-Media-Yang-Laporkan-Berita-Palsu Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jun 2020

Akshay Kumar Ingin Ambil Tindakan Terhadap Media Yang Laporkan Berita Palsu

Akshay sering terpalit dengan pelbagai berita palsu sejak akhir-akhir ini.

Pembikin-Filem-India-Selatan-Yang-Mencipta-Nama-Di-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jun 2020

Pembikin Filem India Selatan Yang Mencipta Nama Di Bollywood

Jom lihat senarai pembikin filem India Selatan yang menghasilkan filem Hindi berkualiti!

Komposer-Muzik-Wajid-Khan-Meninggal-Dunia-Pada-Usia-42-Tahun Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jun 2020

Komposer Muzik Wajid Khan Meninggal Dunia Pada Usia 42 Tahun

Difahamkan Wajid menderita penyakit buah pinggang dan dijangkiti COVID-19.