Anak kepada pelakon legenda Jackie Shroff, Tiger terkenal dengan kemahiran menari dan seni mempertahankan diri yang luar biasa. Tiger telah bekerja selama 3 tahun sekarang di Bollywood. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang tidak diketahui oleh peminatnya.

Oleh itu, admin nak belanja lima pencerahan mengenai Tiger Shroff:



1. Nama sebenar Tiger Shroff adalah Jai Hemant Shroff

Walaupun media sosial telah banyak menyindir Tiger untuk namanya, sebenarnya Jackie Shroff yang menggelarkannya sebagai 'Tiger' dan nama sebenarnya 'Jai Hermant' tidak digunakan untuk memanggilnya. Jackie, menamakannya 'Tiger' kerana sebagai seorang kanak-kanak, dia suka mengigit seperti harimau.

2. Tiger adalah campuran keturunan Turki-Bengali-Gujrati-Belgia

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa Tiger kelihatan begitu unik? Ini kerana, dia tergolong dalam campuran gen orang Belgium dan Bengali dari sisi ibunya dan Gujrati dan Turki dari sisi ayahnya. Patutlah hensem semacam kan?

3. Tiger Shroff adalah vegetarian

Nak tahu rahsia di sebalik penampilan Tiger Shroff yang macho? Rahsia di sebalik ototnya yang robek adalah kerana dietnya, di mana Tiger hanya makan sayuran sahaja. Tetapi dia sering makan telur sesekali sekala. Tiger juga mendedahkan bahawa dia tidak pernah minum atau merokok.

4. Tiger Shroff diikitiraf dalam seni pertahanan diri

Pernah terfikir mengapa Tiger dapat melakukan aksi- aksi lasak dengan bersahaja tetapi sempurna? Ini kerana dia mempunyai tali pinggang tahap kelima dalam seni Taekwondo.

5. Aamir Khan telah mengambil tip dari Tiger Shroff untuk mendapatkan bentuk badan sempurna untuk 'Dhoom 3'

Salah seorang pelakon terbaik dan berbakat Bollywood, Aamir Khan telah mengambil sedikit bantuan dan bimbingan dari Tiger Shroff untuk menyiapkan badannya untuk filem Dhoom 3. Aamir Khan setelah melihat bakat di sebalik peribadi Tiger, ingin mahu membantu Tiger dengan menghasilkan filem debut Tiger Shroff.

Malangnya untuk Aamir, dia tidak dapat melakukannya pada akhirnya dan filem itu dihasilkan oleh Sajid Nadiadwala.



Sumber foto: India Today, Masala!, Scmp & Instagram