CLOSE
CLOSE AD

Dia Mirza teruja dapat kembali bekerja dengan Anubhav Sinha

  • 22 Oct 2019
  • Tags:
Dia-Mirza-teruja-dapat-kembali-bekerja-dengan-Anubhav-Sinha

Aktres Dia Mirza meluahkan rasa teruja kerana berpeluang untuk kembali bekerja dengan pengarah Anubhav Sinha menerusi filem terbarunya "Thappad".

Sebelumnya, Dia pernah membintangi dua buah filem aksi thriller arahan Anubhav iaitu "Dus" 2005 serta filem "Cash" 2007.

"Saya cuma berharap filem "Thappad" boleh pergi jauh. Beberapa tahun yang lalu, saya telah berlakon dalam dua filem Anubhav Sinha. Saya lihat kini gaya penceritaannya juga sudah berbeza.

"Sejak saya menonton "Mulk" dan "Article 15" yang dihasilkan oleh Anubhav, saya teringin sangat untuk berkolaborasi dengannya semula.

"Saya sangat teruja dapat terlibat dengan projek ini dan dia kini menceritakan kisah yang datang daripada naluri hatinya sendiri. Itu yang membuatkan gaya penceritaannya sangat istimewa" katanya yang dipetik dari India Today.

Baru-baru ini, pihak produksi telah menamatkan penggambaran filem "Thappad" di Lucknow dan Delhi bersama barisan pelakon lain termasuk peneraju utama, aktres Taapsee Pannu.

Sempat memberi penghargaan kepada seluruh tenaga produksi yang terlibat, Dia turut berharap agar filem itu dapat mengubah fikiran orang ramai selepas menontonnya.

Selain Dia dan Taapsee, filem "Thappa" turut dibintangi oleh Pavail Gulati, Ratna Pathak Shah, Manav Kaul, Tanvi Azmi, Geetika Vidya Ohlyan dan Ram Kapoor.

Filem terbitan Benaras Media Works dan T-Series itu akan dirilis di pawagam pada 6 Mac 2020, iaitu dua hari sebelum Hari Wanita Sedunia.

(Sumber foto: Dia Mirza Instagram)
(Sumber artikel: India Today)



Suggested Articles

Kareena-Kapoor-Dedah-Sebab-Dia-Tarik-Diri-Dari-Kaho-Na-Pyaar-Hai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

Kareena Kapoor Dedah Sebab Dia Tarik Diri Dari "Kaho Na... Pyaar Hai"

Bintang terkenal itu akhirnya membuat debut menerusi filem "Refugee".

BollyOne-HD-Tayangkan-5-Filem-Bollywood-Menarik-Sepanjang-Julai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

BollyOne HD Tayangkan 5 Filem Bollywood Menarik Sepanjang Julai

Jangan terlepas untuk menonton filem-filem lakonan bintang Bollywood pujaan anda!

6-Filem-Bollywood-Yang-Menggunakan-Lokasi-Palsu Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

6 Filem Bollywood Yang Menggunakan Lokasi Palsu

Para pembikin filem bijak mencari lokasi-lokasi yang seakan lokasi sebenar!

9-Filem-Bollywood-Pecah-Panggung-Yang-Pernah-Ditolak-Oleh-Kajol Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jul 2020

9 Filem Bollywood Pecah Panggung Yang Pernah Ditolak Oleh Kajol

Jom ketahui mengapa Kajol sanggup menolak filem-filem besar Bollywood ini!

Apa-Yang-Anda-Perlu-Tahu-Tentang-Naagin-5 Bolly Lah
ARTICLE
  • 30 Jun 2020

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang "Naagin 5"

Jom ketahui fakta-fakta tentang siri televisyen 'supernatural' kegemaran ramai ini!

Karan-Patel-Jadi-Mr-Bajaj-Dalam-Kasautii-Zindagii-Kay-2 Bolly Lah
ARTICLE
  • 30 Jun 2020

Karan Patel Jadi Mr. Bajaj Dalam "Kasautii Zindagii Kay 2"

Aktor itu menggantikan tempat Karan Singh Grover yang sebelumnya membintangi musim pertama.