CLOSE
CLOSE AD

Amitabh Bachchan anggap filem sebagai medium satukan masyarakat

  • 23 Nov 2019
  • Tags:
Amitabh-Bachchan-anggap-filem-sebagai-medium-satukan-masyarakat

Bintang veteran Amitabh Bachchan berpendapat bahawa panggung wayang merupakan salah satu medium untuk menyatukan orang ramai dari pelbagai latar belakang berbeza.

"Saya selalu merasakan panggung wayang adalah satu medium universal, yang melampaui bahasa dan segala faktor yang ada dalam kehidupan sosial dan moral kita.

"Apabila kita duduk dalam panggung yang gelap, kita tidak pernah bertanyakan tentang kasta, kepercayaan, agama atau warna kulit orang di sebelah kita.

"Namun kita masih menikmati filem dan lagu yang sama serta berkongsi emosi yang sama," ujar Bachchan yang berucap di seksyen Panorama India ketika majlis pembukaan Festival Filem Antarabangsa India ke-50 di Goa baru-baru ini.

Seperti yang dilaporkan oleh The Indian Express, seksyen Panorama India itu akan menampilkan 26 buah filem cereka dan 15 buah filem pendek.

Festival filem itu turut memberi penghormatan kepada Bachchan dengan menayangkan filem-filemnya seperti "Paa", "Sholay", "Deewar", "Black", "Piku" dan "Badla".

Dalam pada itu, Bachchan berharap industri perfileman akan terus menghasilkan filem-filem yang mampu menyatukan orang ramai menjadi satu komuniti yang menghargai kreativiti masing-masing.

Dalam perkembangan lakonan, Bachchan bakal membintangi beberapa buah projek filem seperti "Jhund", "AB Aani CD", "Brahmastra", "Chehre" dan "Gulabo Sitabo".

Bagaimanapun, baru-baru ini aktor tersebut mengumumkan dia terpaksa memperlahankan kariernya berikutan faktor kesihatan yang semakin membimbangkan.

(Sumber foto: PoPoPics)

(Sumber artikel: The Indian Express)



Suggested Articles

Taapsee-Pannu-Akui-Kecewa-Tak-Terima-Anugerah-Untuk-Pink Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Taapsee Pannu Akui Kecewa Tak Terima Anugerah Untuk "Pink"

Aktres itu tidak menerima sebarang pencalonan bagi penglibatannya dalam filem tersebut.

Mahie-Gill-Sedia-Tonjol-Sisi-Komedi-Pula Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Mahie Gill Sedia Tonjol Sisi Komedi Pula

Aktres itu sudah mula bosan sering ditawarkan watak serius dalam filem.

Salman-Khan-Bakal-Rilis-Teaser-Treler-Radhe-Dalam-Masa-Terdekat Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Salman Khan Bakal Rilis Teaser Treler "Radhe" Dalam Masa Terdekat

Penggambaran filem aksi paling dinanti-nantikan ini sudah hampir selesai.

Rajkummar-Rao-Akan-Bintangi-Filem-Tentang-Bapa-Tumpang Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Rajkummar Rao Akan Bintangi Filem Tentang Bapa Tumpang?

Projek filem itu kini masih dalam perbincangan pengarah Raaj Shaandilyaa.

Zoya-Akhtar-Rancang-Bikin-Sebuah-Filem-Gengster Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Zoya Akhtar Rancang Bikin Sebuah Filem Gengster

Pembikin filem itu turut merancang untuk berkolaborasi dengan adiknya Farhan Akhtar.

John-Abraham-Bakal-Terbitkan-Filem-Biopik-Revathi-Roy Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

John Abraham Bakal Terbitkan Filem Biopik Revathi Roy

Filem itu akan diadaptasi dari buku "Who is Revathi Roy" oleh Swati Lodha.