CLOSE
CLOSE AD

Penerbit "Pati, Patni, Aur Woh" setuju potong dialog kontroversi

  • 23 Nov 2019
  • Tags:
Penerbit-Pati-Patni-Aur-Woh-setuju-potong-dialog-kontroversi

Bhumi Pednekar, Kartik Aaryan dan Ananya Panday adalah peneraju utama "Pati Patni Aur Woh".

Beberapa hari lalu timbul kontroversi mengenai beberapa dialog yang dianggap sensitif dalam filem komedi romantik terbaru "Pati, Patni, Aur Woh" arahan Mudassar Aziz.

Sehubungan dengan itu, penerbit Juno Chopra akhirnya membuat keputusan untuk memotong dialog berkaitan kes rogol dalam perkahwinan itu dari filemnya demi menjaga sensitiviti pihak lain.

"Datuk dan bapa saya (Ravi Chopra) kedua-duanya pernah menghasilkan filem yang relevan dengan isu sosial tetapi saya masih belum melakukannya.

"Saya percaya dalam melakukan perkara yang benar, iaitu menjaga sentimen orang lain. Jadi pihak kami bersetuju untuk menyunting semula dialog berkenaan," ujarnya yang dipetik dari Times of India.

Dalam pada itu, aktres Bhumi Pednekar selaku peneraju utama filem di samping Kartik Aaryan dan Ananya Panday, turut meminta maaf kepada semua pihak berikutan isu berkenaan.

Sebelumnya, filem itu dilanda kontroversi apabila aktres Taapsee Pannu telah digantikan dengan Bhumi tanpa pengetahuannya. Aktres itu kemudian membuat kenyataan terbuka untuk menegur pembikin filem tersebut.

Menambah kekecewaannya, Taapsee tidak menerima sebarang alasan kukuh daripada pembikin filem mengenai perkara itu walaupun dia cuba untuk bersemuka dengan mereka.

Filem "Pati Patni Aur Woh" akan dirilis di pawagam bermula 6 Disember depan.

(Sumber foto: Zee News)
(Sumber artikel: Times of India)



Suggested Articles

Taapsee-Pannu-Akui-Kecewa-Tak-Terima-Anugerah-Untuk-Pink Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Taapsee Pannu Akui Kecewa Tak Terima Anugerah Untuk "Pink"

Aktres itu tidak menerima sebarang pencalonan bagi penglibatannya dalam filem tersebut.

Mahie-Gill-Sedia-Tonjol-Sisi-Komedi-Pula Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Mahie Gill Sedia Tonjol Sisi Komedi Pula

Aktres itu sudah mula bosan sering ditawarkan watak serius dalam filem.

Salman-Khan-Bakal-Rilis-Teaser-Treler-Radhe-Dalam-Masa-Terdekat Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Salman Khan Bakal Rilis Teaser Treler "Radhe" Dalam Masa Terdekat

Penggambaran filem aksi paling dinanti-nantikan ini sudah hampir selesai.

Rajkummar-Rao-Akan-Bintangi-Filem-Tentang-Bapa-Tumpang Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Rajkummar Rao Akan Bintangi Filem Tentang Bapa Tumpang?

Projek filem itu kini masih dalam perbincangan pengarah Raaj Shaandilyaa.

Zoya-Akhtar-Rancang-Bikin-Sebuah-Filem-Gengster Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Zoya Akhtar Rancang Bikin Sebuah Filem Gengster

Pembikin filem itu turut merancang untuk berkolaborasi dengan adiknya Farhan Akhtar.

John-Abraham-Bakal-Terbitkan-Filem-Biopik-Revathi-Roy Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

John Abraham Bakal Terbitkan Filem Biopik Revathi Roy

Filem itu akan diadaptasi dari buku "Who is Revathi Roy" oleh Swati Lodha.