CLOSE
CLOSE AD

Vidyut Jamwal lebih selesa jadi bintang filem aksi

  • 25 Nov 2019
Vidyut-Jamwal-lebih-selesa-jadi-bintang-filem-aksi

Bakal tampil sebagai peneraju utama filem ketiga dalam francais "Commando", aktor Vidyut Jamwal memberitahu bahawa dia akan meneruskan kariernya sebagai bintang filem aksi pelbagai genre.

"Saya berada di tangga keenam dalam carta 10 artis seni bela diri terbaik di dunia dan telah mendapat pengiktirafan atas kerja saya.

"Saya ingin satu dunia tahu bahawa terdapat hero filem aksi dari India, yang mampu menjayakan seni bela diri India asli. Saya adalah wakil kepada negara saya.

"Selain itu, saya juga teringin untuk melibatkan diri dalam filem aksi komedi dan aksi romantik. Saya akan terus melakukan filem aksi sepanjang hidup saya," katanya yang dipetik dari Times of India.

Bercakap mengenai penglibatannya dalam francais "Commando", Vidyut mengakui dia berasa sedikit tertekan untuk mencapai jangkaan tinggi penonton bagi filem "Commando 3".

Menurut Jamwal lagi, dia akan memberi kejutan kepada para penonton dengan melakukan aksi lagak ngeri yang lebih mencabar berbanding filem-filem yang sebelumnya, tanpa menggunakan sebarang peralatan keselamatan.

"Commando 3" merupakan sebuah filem aksi thriller arahan Aditya Datt yang turut menampilkan aktor lain seperti Adah Sharma dan Gulshan Devaiah serta aktres yang membuat debut Bollywood, Angira Dhar.

Filem itu merupakan sekuel kepada filem "Commando 2: The Black Money Trail" ditayangkan pada 2017. Diterbitkan oleh Vipul Amrutlal Shah, "Commando 3" akan menggegarkan pawagam bermula 29 November ini.

(Sumber foto: Wallpaper Cave)
(Sumber artikel: Times of India)



Suggested Articles

Rakul-Preet-Singh-Enggan-Bahayakan-Kesihatan-Demi-Watak Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Feb 2020

Rakul Preet Singh Enggan Bahayakan Kesihatan Demi Watak

Aktres itu tidak mahu menambah berat badan untuk menjayakan sesuatu watak.

Riteish-Deshmukh-Bakal-Bintangi-Filem-Trilogi-Shivaji Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Feb 2020

Riteish Deshmukh Bakal Bintangi Filem Trilogi "Shivaji"

Aktor itu akan bekerja di bawah arahan Nagraj Manjule bagi trilogi tersebut.

Sara-Ali-Khan-Bakal-Galas-Dua-Watak-Dalam-Atrangi-Re Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Feb 2020

Sara Ali Khan Bakal Galas Dua Watak Dalam "Atrangi Re"

Aktres itu juga akan digandingkan bersama Akshay Kumar dan Dhanush.

Tiger-Shroff-Bakal-Terajui-Sekuel-Heropanti Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Feb 2020

Tiger Shroff Bakal Terajui Sekuel "Heropanti"?

Pembikin filem telah merancang untuk menerbitkan francais filem itu tahun lalu.

Filem-Klasik-Mr-India-Bakal-Diterbitkan-Semula-Dalam-Trilogi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Feb 2020

Filem Klasik "Mr. India" Bakal Diterbitkan Semula Dalam Trilogi

Berita itu disahkan oleh pengarah terkenal Ali Abbas Zafar.

Karan-Johar-Nafi-Bakal-Terbitkan-Student-of-the-Year-3 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Feb 2020

Karan Johar Nafi Bakal Terbitkan "Student of the Year 3"

Pembikin filem itu meminta semua pihak supaya berhenti menyebarkan berita tersebut.