CLOSE
CLOSE AD

Bobby Deol Lebih Selesa Anak Pilih Karier Sendiri

  • 27 Nov 2019
Bobby-Deol-Lebih-Selesa-Anak-Pilih-Karier-Sendiri

Aktor Bobby Deol memberitahu bahawa dia tidak menetapkan karier atau bidang tertentu yang bakal diceburi anaknya, Aryaman, setelah dia tamat pengajian.

"Anak saya sedang mengikuti kursus pengurusan buat masa ini dan lebih tertumpu kepada pelajaran. Saya bangga kerana anak saya berminat untuk belajar. Saya juga ingin dia mempunyai pengetahuan luas terhadap bidang yang ingin dia ceburi.

"Suatu hari nanti, saya yakin dia ingin menjadi seorang aktor, tetapi sama ada dia ingin teruskan atau tidak, ia bukanlah sesuatu yang saya dapat pastikan.

"Dia baru berusia 18 tahun, dia boleh pilih jalan hidup sendiri," ujar Bobby yang dipetik menerusi laporan Hindustan Times.

Buat pengetahuan lanjut, keluarga Deol telah lama menapak dalam industri hiburan Bollywood bermula dengan aktor veteran Dharam Singh Deol atau lebih dikenali sebagai Dharmendra, diikuti dengan anak-anaknya, Sunny dan Bobby.

Baru-baru ini, anak kepada Sunny, Karan Deol telah membuat debut menerusi filem "Pal Pal Dil Ke Paas", sebuah filem romantik yang juga diarahkan oleh Sunny. Ia telah ditayangkan pada 20 September lalu.

Dalam perkembangan lain, Bobby telah menghadiri sebuah majlis keraian bersama rakan-rakan aktor "Housefull 4" bagi meraikan kejayaan filem komedi itu meraih kutipan pecah panggung sejak ia ditayangkan pada 25 Oktober lalu.

Penerbit Sajid Nadiadwala juga mendedahkan dia sedang merancang pembikinan filem kelima dalam francais tersebut yang akan menggabungkan aktor-aktor dari filem pertama hingga keempat.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Bobby Deol Instagram)
(Sumber artikel: Hindustan Times)



Suggested Articles

Taapsee-Pannu-Akui-Kecewa-Tak-Terima-Anugerah-Untuk-Pink Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Taapsee Pannu Akui Kecewa Tak Terima Anugerah Untuk "Pink"

Aktres itu tidak menerima sebarang pencalonan bagi penglibatannya dalam filem tersebut.

Mahie-Gill-Sedia-Tonjol-Sisi-Komedi-Pula Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Mahie Gill Sedia Tonjol Sisi Komedi Pula

Aktres itu sudah mula bosan sering ditawarkan watak serius dalam filem.

Salman-Khan-Bakal-Rilis-Teaser-Treler-Radhe-Dalam-Masa-Terdekat Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Salman Khan Bakal Rilis Teaser Treler "Radhe" Dalam Masa Terdekat

Penggambaran filem aksi paling dinanti-nantikan ini sudah hampir selesai.

Rajkummar-Rao-Akan-Bintangi-Filem-Tentang-Bapa-Tumpang Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Rajkummar Rao Akan Bintangi Filem Tentang Bapa Tumpang?

Projek filem itu kini masih dalam perbincangan pengarah Raaj Shaandilyaa.

Zoya-Akhtar-Rancang-Bikin-Sebuah-Filem-Gengster Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Zoya Akhtar Rancang Bikin Sebuah Filem Gengster

Pembikin filem itu turut merancang untuk berkolaborasi dengan adiknya Farhan Akhtar.

John-Abraham-Bakal-Terbitkan-Filem-Biopik-Revathi-Roy Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

John Abraham Bakal Terbitkan Filem Biopik Revathi Roy

Filem itu akan diadaptasi dari buku "Who is Revathi Roy" oleh Swati Lodha.