CLOSE
CLOSE AD

Kecederaan Ranbir Kapoor Punca Penggambaran "Brahmastra" Ditunda

  • 27 Nov 2019
Kecederaan-Ranbir-Kapoor-Punca-Penggambaran-Brahmastra-Ditunda

Jadual penggambaran filem fantasi adiwira "Brahmastra" arahan Ayan Mukerji terpaksa ditunda gara-gara kecederaan yang dialami oleh peneraju utamanya, Ranbir Kapoor baru-baru ini.

Foto Ranbir di lapangan terbang yang menunjukkan tangannya berbalut menjadi tular di media sosial pada Selasa. Difahamkan bahu kanannya telah terseliuh ketika bermain bola sepak pada Ahad lalu.

Turut bersama Ranbir adalah aktres gandingannya Alia Bhatt, yang mana mereka akan berangkat ke Manali untuk jadual penggambaran "Brahmastra" yang seterusnya.

"Ranbir telah mengambil rehat pada Isnin sementara Ayan meneruskan penggambaran babak penting bersama para pelakon yang lain. Dia dijangka akan mula penggambaran pada Selasa.

"Walau bagaimanapun, Ranbir dan Ayan membuat keputusan untuk menunda penggambaran babak aksi ke penghujung jadual," dedah satu sumber terdekat menerusi laporan Pinkvilla.

Sementara itu, pakar fisioterapi bagi pasukan bola sepak yang disertai Ranbir telah menasihatkannya untuk melakukan senaman dan menggunakan pek ais bagi membantunya pulih lebih cepat.

Selain Ranbir dan Alia, filem "Brahmastra" turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Amitabh Bachchan, Dimple Kapadia, Nagarjuna Akkineni, Mouni Roy dan Shah Rukh Khan.

Diterbitkan oleh Karan Johar dan Ranbir, filem itu dijangka untuk dirilis pada musim panas 2020 dan akan turut ditayangkan dalam format 3D dan IMAX.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Hi Boox)
(Sumber artikel: Pinkvilla)



Suggested Articles

Taapsee-Pannu-Akui-Kecewa-Tak-Terima-Anugerah-Untuk-Pink Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Taapsee Pannu Akui Kecewa Tak Terima Anugerah Untuk "Pink"

Aktres itu tidak menerima sebarang pencalonan bagi penglibatannya dalam filem tersebut.

Mahie-Gill-Sedia-Tonjol-Sisi-Komedi-Pula Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Mahie Gill Sedia Tonjol Sisi Komedi Pula

Aktres itu sudah mula bosan sering ditawarkan watak serius dalam filem.

Salman-Khan-Bakal-Rilis-Teaser-Treler-Radhe-Dalam-Masa-Terdekat Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Salman Khan Bakal Rilis Teaser Treler "Radhe" Dalam Masa Terdekat

Penggambaran filem aksi paling dinanti-nantikan ini sudah hampir selesai.

Rajkummar-Rao-Akan-Bintangi-Filem-Tentang-Bapa-Tumpang Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Rajkummar Rao Akan Bintangi Filem Tentang Bapa Tumpang?

Projek filem itu kini masih dalam perbincangan pengarah Raaj Shaandilyaa.

Zoya-Akhtar-Rancang-Bikin-Sebuah-Filem-Gengster Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Zoya Akhtar Rancang Bikin Sebuah Filem Gengster

Pembikin filem itu turut merancang untuk berkolaborasi dengan adiknya Farhan Akhtar.

John-Abraham-Bakal-Terbitkan-Filem-Biopik-Revathi-Roy Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

John Abraham Bakal Terbitkan Filem Biopik Revathi Roy

Filem itu akan diadaptasi dari buku "Who is Revathi Roy" oleh Swati Lodha.