CLOSE
CLOSE AD

Amitabh Bachchan Kembali Ke Lokasi Penggambaran

  • 28 Nov 2019
  • Tags:
Amitabh-Bachchan-Kembali-Ke-Lokasi-Penggambaran

Setelah dipaksa untuk berehat panjang oleh doktor akibat masalah kesihatan yang semakin teruk, bintang terkenal Amitabh Bachchan kini sudah kembali aktif semula dengan aktiviti lakonan.

Menurut laporan dari Times of India, Amitabh bakal terbang ke Manali untuk menjalani penggambaran filem terbarunya "Brahmastra", bersama dua pelakon utama iaitu Ranbir Kapoor dan Alia Bhatt.

Dalam filem arahan Ayan Mukerji itu, Amitabh atau lebih dikenali dengan panggilan Big B akan membawa watak pembantu kepada watak utama, namun wataknya cukup besar, iaitu sebagai guru kepada watak Ranbir.

"Amitabh kini di Manali untuk menjalani penggambaran babak penting, dan kemudian akan dia akan terbang ke luar negara untuk penggambaran filem lain pula," ujar satu sumber.

Selain Amitabh Bachchan, Ranbir Kapoor dan Alia Bhatt, filem pengembaraan fantasi itu turut menampilkan Mouni Roy dan Saurav Gurjar sebagai watak antagonis.

Terdahulu, ramai peminat yang kecewa apabila pihak penganjur acara festival buku dan Festival Filem Antarabangsa Kolkata mengumumkan bintang Bollywood itu tidak dapat hadir ke majlis mereka kerana mengalami masalah kesihatan serius.

Bagaimanapun tidak lama kemudian aktor itu hadir di majlis pembukaan Festival Filem Antarabangsa India di Goa.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber: Times of India)
(Sumber foto: Filmfare)



Suggested Articles

Rakul-Preet-Singh-Enggan-Bahayakan-Kesihatan-Demi-Watak Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Feb 2020

Rakul Preet Singh Enggan Bahayakan Kesihatan Demi Watak

Aktres itu tidak mahu menambah berat badan untuk menjayakan sesuatu watak.

Riteish-Deshmukh-Bakal-Bintangi-Filem-Trilogi-Shivaji Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Feb 2020

Riteish Deshmukh Bakal Bintangi Filem Trilogi "Shivaji"

Aktor itu akan bekerja di bawah arahan Nagraj Manjule bagi trilogi tersebut.

Sara-Ali-Khan-Bakal-Galas-Dua-Watak-Dalam-Atrangi-Re Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Feb 2020

Sara Ali Khan Bakal Galas Dua Watak Dalam "Atrangi Re"

Aktres itu juga akan digandingkan bersama Akshay Kumar dan Dhanush.

Tiger-Shroff-Bakal-Terajui-Sekuel-Heropanti Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Feb 2020

Tiger Shroff Bakal Terajui Sekuel "Heropanti"?

Pembikin filem telah merancang untuk menerbitkan francais filem itu tahun lalu.

Filem-Klasik-Mr-India-Bakal-Diterbitkan-Semula-Dalam-Trilogi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Feb 2020

Filem Klasik "Mr. India" Bakal Diterbitkan Semula Dalam Trilogi

Berita itu disahkan oleh pengarah terkenal Ali Abbas Zafar.

Karan-Johar-Nafi-Bakal-Terbitkan-Student-of-the-Year-3 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Feb 2020

Karan Johar Nafi Bakal Terbitkan "Student of the Year 3"

Pembikin filem itu meminta semua pihak supaya berhenti menyebarkan berita tersebut.