CLOSE
CLOSE AD

Angira Dhar cabar diri berlakon filem aksi dalam "Commando 3"

  • 30 Nov 2019
  • Tags:
Angira-Dhar-cabar-diri-berlakon-filem-aksi-dalam-Commando-3

Aktres Angira Dhar meluahkan rasa teruja kerana berpeluang untuk melibatkan diri buat kali pertama dalam salah satu francais filem aksi terbesar di Bollywood menerusi filem "Commando 3".

"Saya merupakan peminat genre aksi kerana saya suka akan kemajuan filem-filem sebegini. Sewaktu kecil, saya masih ingat yang saya berlatih menumbuk dan menendang selepas menonton "Charlie's Angels".

"Setakat ini saya tidak mempelajari sebarang seni bela diri secara rasmi, tetapi saya banyak berlatih untuk filem ini termasuk yoga, latihan berat badan serta aksi lagak ngeri bersama kumpulan produksi "Commando 3".

"Kami telah pergi ke United Kingdom selama 10 hari sebelum memulakan penggambaran untuk mempelajari asas filem aksi. Mereka terkejut kerana saya mampu melakukan semua aksi lagak ngeri dengan baik," ujar Angira yang dipetik dari Times of India.

Tambah Angira lagi, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk berlakon bersama peneraju utama Vidyut Jammwal dan Adah Sharma walaupun Vidyut merupakan seorang pakar seni bela diri.

Angira turut berasa senang kerana menerima bantuan serta tunjuk ajar daripada kedua-dua aktor tersebut dalam melakukan persiapan dan sepanjang penggambaran berlangsung.

Filem itu menandakan debut Angira di layar lebar selepas dia membintangi filem "Love per Square Foot" bersama Vicky Kaushal yang ditayangkan di portal penstriman video terkenal Netflix pada 14 Februari 2018.

Diarahkan oleh Aditya Datt, filem "Commando 3" terbitan Vipul Amrutlal Shah akan menggegarkan pawagam bermula 29 November ini.

(Sumber foto: Crazum)

(Sumber artikel: Times of India)



Suggested Articles

Rajkummar-Rao-Akan-Bintangi-Filem-Tentang-Bapa-Tumpang Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Rajkummar Rao Akan Bintangi Filem Tentang Bapa Tumpang?

Projek filem itu kini masih dalam perbincangan pengarah Raaj Shaandilyaa.

Zoya-Akhtar-Rancang-Bikin-Sebuah-Filem-Gengster Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Zoya Akhtar Rancang Bikin Sebuah Filem Gengster

Pembikin filem itu turut merancang untuk berkolaborasi dengan adiknya Farhan Akhtar.

John-Abraham-Bakal-Terbitkan-Filem-Biopik-Revathi-Roy Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

John Abraham Bakal Terbitkan Filem Biopik Revathi Roy

Filem itu akan diadaptasi dari buku "Who is Revathi Roy" oleh Swati Lodha.

Rakul-Preet-Singh-Enggan-Bahayakan-Kesihatan-Demi-Watak Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Feb 2020

Rakul Preet Singh Enggan Bahayakan Kesihatan Demi Watak

Aktres itu tidak mahu menambah berat badan untuk menjayakan sesuatu watak.

Riteish-Deshmukh-Bakal-Bintangi-Filem-Trilogi-Shivaji Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Feb 2020

Riteish Deshmukh Bakal Bintangi Filem Trilogi "Shivaji"

Aktor itu akan bekerja di bawah arahan Nagraj Manjule bagi trilogi tersebut.

Sara-Ali-Khan-Bakal-Galas-Dua-Watak-Dalam-Atrangi-Re Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Feb 2020

Sara Ali Khan Bakal Galas Dua Watak Dalam "Atrangi Re"

Aktres itu juga akan digandingkan bersama Akshay Kumar dan Dhanush.