CLOSE
CLOSE AD

Kartik Aaryan bakal terlibat dalam filem terbaru Sanjay Leela Bhansali

  • 03 Dec 2019
  • Tags:
Kartik-Aaryan-bakal-terlibat-dalam-filem-terbaru-Sanjay-Leela-Bhansali

Pelakon yang sedang meningkat naik, Kartik Aaryan terus menjadi rebutan penerbit dan pengarah filem Bollywood dan terbaru dia dilaporkan bakal membintangi filem arahan pembikin filem tersohor Sanjay Leela Bhansali.

"Kartik akan terlibat dengan filem terbaru terbitan Sanjay Leela Bhansali yang akan diumumkan tidak lama lagi," ujar satu sumber yang dipetik dari Bollywood Hungama.

Ini bukanlah kali pertama Kartik menjadi pilihan Sanjay, sebaliknya kali kedua kerana sebelum ini aktor itu hampir menjadi pelakon utama bergandingan dengan Alia Bhatt untuk filem "Gangubai Kathiawadi", bagaimanapun ia tidak berjaya direalisasikan.

Terdahulu, Kartik mula mencipta nama dalam dunia Bollywood selepas membuat debutnya menerusi filem "Sonu Ke Titu Ki Sweety" pada tahun 2018.

Sejak dari itu, dia dihujani tawaran berlakon termasuklah baru sahaja muncul dengan filem terbarunya "Luka Chuppi" awal tahun ini yang mana ia berjaya mendapat kutipan pecah panggung.

(Sumber: Bollywood Hungama)

(Sumber foto: Times of India)



Suggested Articles

Rakul-Preet-Singh-Enggan-Bahayakan-Kesihatan-Demi-Watak Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Feb 2020

Rakul Preet Singh Enggan Bahayakan Kesihatan Demi Watak

Aktres itu tidak mahu menambah berat badan untuk menjayakan sesuatu watak.

Riteish-Deshmukh-Bakal-Bintangi-Filem-Trilogi-Shivaji Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Feb 2020

Riteish Deshmukh Bakal Bintangi Filem Trilogi "Shivaji"

Aktor itu akan bekerja di bawah arahan Nagraj Manjule bagi trilogi tersebut.

Sara-Ali-Khan-Bakal-Galas-Dua-Watak-Dalam-Atrangi-Re Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Feb 2020

Sara Ali Khan Bakal Galas Dua Watak Dalam "Atrangi Re"

Aktres itu juga akan digandingkan bersama Akshay Kumar dan Dhanush.

Tiger-Shroff-Bakal-Terajui-Sekuel-Heropanti Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Feb 2020

Tiger Shroff Bakal Terajui Sekuel "Heropanti"?

Pembikin filem telah merancang untuk menerbitkan francais filem itu tahun lalu.

Filem-Klasik-Mr-India-Bakal-Diterbitkan-Semula-Dalam-Trilogi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Feb 2020

Filem Klasik "Mr. India" Bakal Diterbitkan Semula Dalam Trilogi

Berita itu disahkan oleh pengarah terkenal Ali Abbas Zafar.

Karan-Johar-Nafi-Bakal-Terbitkan-Student-of-the-Year-3 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Feb 2020

Karan Johar Nafi Bakal Terbitkan "Student of the Year 3"

Pembikin filem itu meminta semua pihak supaya berhenti menyebarkan berita tersebut.