CLOSE
CLOSE AD

Krystle D'souza Bangga Jadi Pilihan Pengarah Dan Penerbit "Chehre"

  • 09 Dec 2019
  • Tags:
Krystle-D-souza-Bangga-Jadi-Pilihan-Pengarah-Dan-Penerbit-Chehre

Aktres televisyen Krystle D'souza kini sudah bersedia untuk membuat debut di layar perak apabila dipilih untuk membintangi filem thriller misteri "Chehre" pada 2020.

Menurut Krystle, dia berasa bangga kerana menjadi pilihan pengarah Rumy Jafry dan penerbit Anand Pandit untuk menggalas wataknya sebagai Natasha dalam filem tersebut.

"Saya menerima watak ini dengan cara yang betul dan usaha keras. Saya telah menjalani ujian penampilan, solekan, rambut dan pakaian.

"Saya turut melakonkan babak saya bersama Rumy dan Anand sehingga mereka yakin saya sesuai untuk menggalas watak Natasha," dedah Krystle yang dipetik dari Mumbai Mirror.

Beberapa hari sebelum Krystle dipilih, aktres Kriti Kharbanda dilaporkan telah menarik diri dari projek itu kerana masalah pelanggaran tarikh.

"Saya tak tahu apa yang terjadi kerana saya tak pernah terlibat dengan filem sebelum ini. Saya tak pasti jika watak kami sama, tetapi ia bagus untuk saya bukan? Saya sertai uji bakat dan dipilih berdasarkan bakat saya," tambahnya lagi.

Baru-baru ini, Krystle telah pun menjalani penggambaran filem tersebut di sebuah rumah ladang di Delhi sejak 20 November dan pulang ke Mumbai pada hujung minggu lalu.

Filem "Chehre" menampilkan aktor Emraan Hashmi bersama bintang veteran Amitabh Bachchan sebagai peneraju utama, iaitu sebagai seorang ahli perniagaan dan seorang peguam bela.

Filem itu akan menemui penonton di pawagam pada 24 April 2020.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Krystle D'souza Instagram)
(Sumber artikel: Mumbai Mirror)



Suggested Articles

Rajkummar-Rao-Akan-Bintangi-Filem-Tentang-Bapa-Tumpang Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Rajkummar Rao Akan Bintangi Filem Tentang Bapa Tumpang?

Projek filem itu kini masih dalam perbincangan pengarah Raaj Shaandilyaa.

Zoya-Akhtar-Rancang-Bikin-Sebuah-Filem-Gengster Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Zoya Akhtar Rancang Bikin Sebuah Filem Gengster

Pembikin filem itu turut merancang untuk berkolaborasi dengan adiknya Farhan Akhtar.

John-Abraham-Bakal-Terbitkan-Filem-Biopik-Revathi-Roy Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

John Abraham Bakal Terbitkan Filem Biopik Revathi Roy

Filem itu akan diadaptasi dari buku "Who is Revathi Roy" oleh Swati Lodha.

Rakul-Preet-Singh-Enggan-Bahayakan-Kesihatan-Demi-Watak Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Feb 2020

Rakul Preet Singh Enggan Bahayakan Kesihatan Demi Watak

Aktres itu tidak mahu menambah berat badan untuk menjayakan sesuatu watak.

Riteish-Deshmukh-Bakal-Bintangi-Filem-Trilogi-Shivaji Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Feb 2020

Riteish Deshmukh Bakal Bintangi Filem Trilogi "Shivaji"

Aktor itu akan bekerja di bawah arahan Nagraj Manjule bagi trilogi tersebut.

Sara-Ali-Khan-Bakal-Galas-Dua-Watak-Dalam-Atrangi-Re Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Feb 2020

Sara Ali Khan Bakal Galas Dua Watak Dalam "Atrangi Re"

Aktres itu juga akan digandingkan bersama Akshay Kumar dan Dhanush.