CLOSE
CLOSE AD

Shah Rukh Khan Impi Arahkan Sebuah Filem Aksi

  • 09 Dec 2019
Shah-Rukh-Khan-Impi-Arahkan-Sebuah-Filem-Aksi

Selama lebih dua dekad berkecimpung dalam industri Bollywood, bintang terkenal Shah Rukh Khan dilihat lebih memfokuskan kariernya dalam bidang lakonan dan penerbitan filem berbanding pengarahan.

Shah Rukh Khan yang juga dikenali sebagai King Khan, berpendapat kehidupannya akan menjadi sunyi dan mudah berasa sedih jika dia bekerja sebagai pengarah.

"Pada pendapat saya, kerja seorang pengarah adalah suatu kerja yang 'sunyi'. Saya khuatir jika saya menjadi pengarah, kehidupan saya sekarang akan berubah.

"Menjadi bintang juga sudah membuatkan saya lebih suka menyendiri dan lebih senyap berbanding sebelumnya," katanya yang dipetik dari laporan Hindustan Times.

Walau bagaimanapun, di sebalik pendapatnya terselit satu keinginan untuk duduk di bangku pengarah dan mengarahkan sebuah filem. Ujar Shah Rukh Khan, dia sudah lama meminati pengarah Hollywood terkenal, Christopher Nolan.

"Saya ingin membesar seperti Christopher Nolan dan mengarah sebuah filem aksi tetapi saya tak pasti jika saya mempunyai keberanian sebegitu. Saya tak pasti bagaimana untuk pastikan sesebuah naskhah itu bagus atau tidak," tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Shah Rukh Khan yang kecewa dengan kegagalan filem "Zero" bakal kembali semula ke layar perak dan telah pun mempunyai beberapa buah projek dalam tangan.

Salah satunya adalah dia akan membuat penampilan istimewa menerusi filem "Brahmastra", yang mana penggambaran untuk babaknya sudah selesai difilemkan baru-baru ini.

Selain itu, dia juga bakal terlibat dengan penggambaran sebuah filem aksi arahan Atlee berjudul "Sanki" yang dijangka bermula pada Mac 2020.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Faisal Qureshi Pinterest)
(Sumber artikel: Hindustan Times)



Suggested Articles

Taapsee-Pannu-Akui-Kecewa-Tak-Terima-Anugerah-Untuk-Pink Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Taapsee Pannu Akui Kecewa Tak Terima Anugerah Untuk "Pink"

Aktres itu tidak menerima sebarang pencalonan bagi penglibatannya dalam filem tersebut.

Mahie-Gill-Sedia-Tonjol-Sisi-Komedi-Pula Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Mahie Gill Sedia Tonjol Sisi Komedi Pula

Aktres itu sudah mula bosan sering ditawarkan watak serius dalam filem.

Salman-Khan-Bakal-Rilis-Teaser-Treler-Radhe-Dalam-Masa-Terdekat Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Salman Khan Bakal Rilis Teaser Treler "Radhe" Dalam Masa Terdekat

Penggambaran filem aksi paling dinanti-nantikan ini sudah hampir selesai.

Rajkummar-Rao-Akan-Bintangi-Filem-Tentang-Bapa-Tumpang Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Rajkummar Rao Akan Bintangi Filem Tentang Bapa Tumpang?

Projek filem itu kini masih dalam perbincangan pengarah Raaj Shaandilyaa.

Zoya-Akhtar-Rancang-Bikin-Sebuah-Filem-Gengster Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Zoya Akhtar Rancang Bikin Sebuah Filem Gengster

Pembikin filem itu turut merancang untuk berkolaborasi dengan adiknya Farhan Akhtar.

John-Abraham-Bakal-Terbitkan-Filem-Biopik-Revathi-Roy Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

John Abraham Bakal Terbitkan Filem Biopik Revathi Roy

Filem itu akan diadaptasi dari buku "Who is Revathi Roy" oleh Swati Lodha.