CLOSE
CLOSE AD

Prabhu Deva Puas Hati Dengan Prestasi Pelakon "Dabangg 3"

  • 10 Dec 2019
Prabhu-Deva-Puas-Hati-Dengan-Prestasi-Pelakon-Dabangg-3

Pengarah filem aksi komedi "Dabangg 3" Prabhu Deva meluahkan rasa berpuas hati dengan kerjasama serta prestasi yang ditunjukkan oleh para pelakon filem tersebut.

Bercakap mengenai kerjanya bersama peneraju utama Salman Khan, Prabhu memberitahu dia menyedari banyak perbezaan yang bagus dilihat menerusi aktor tersebut dan berasa senang hati kerana segala urusan berjalan dengan lancar.

"Banyak perubahan dalam dirinya sebagai aktor, dia tahu segalanya mengenai filem ini dan bukan sahaja tentang jalan cerita dan skrip. Namun secara peribadi, dia masih sama.

"Kami mempunyai rasa hormat terhadap satu sama lain dan perbezaan personaliti kami yang berbezalah membuatkan kerjasama kami lebih mudah," ujarnya yang dipetik dari laporan Mumbai Mirror.

Beralih ke peneraju wanita, Prabhu memuji kerajinan aktres baru Saiee Manjrekar yang sentiasa bersikap ingin tahu dan mampu menjayakan wataknya dengan baik.

"Dia adalah pelakon baru jadi sifat ingin tahunya tinggi. Dia akan bertanya mengenai babak-babaknya dan ia adalah perkara yang normal.

"Selain mempunyai rupa, dia juga sangat rajin dan dilahirkan untuk menjadi bintang seperti mana para pelakon baru yang lain dalam generasinya," tambahnya lagi.

Di samping "Dabangg 3", Prabhu juga akan bekerjasama dengan Salman dalam filem terbaru mereka, "Radhe", yang turut dibintangi oleh Disha Patani, Randeep Hooda, Jackie Shroff dan Jacqueline Fernandez.

"Dabangg 3" bakal dirilis di pawagam bermula 20 Disember ini, sementara "Radhe" dijadual untuk ditayangkan pada 22 May 2020.


Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Santa Banta)
(Sumber artikel: Mumbai Mirror)



Suggested Articles

Rajkummar-Rao-Akan-Bintangi-Filem-Tentang-Bapa-Tumpang Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Rajkummar Rao Akan Bintangi Filem Tentang Bapa Tumpang?

Projek filem itu kini masih dalam perbincangan pengarah Raaj Shaandilyaa.

Zoya-Akhtar-Rancang-Bikin-Sebuah-Filem-Gengster Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Zoya Akhtar Rancang Bikin Sebuah Filem Gengster

Pembikin filem itu turut merancang untuk berkolaborasi dengan adiknya Farhan Akhtar.

John-Abraham-Bakal-Terbitkan-Filem-Biopik-Revathi-Roy Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

John Abraham Bakal Terbitkan Filem Biopik Revathi Roy

Filem itu akan diadaptasi dari buku "Who is Revathi Roy" oleh Swati Lodha.

Rakul-Preet-Singh-Enggan-Bahayakan-Kesihatan-Demi-Watak Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Feb 2020

Rakul Preet Singh Enggan Bahayakan Kesihatan Demi Watak

Aktres itu tidak mahu menambah berat badan untuk menjayakan sesuatu watak.

Riteish-Deshmukh-Bakal-Bintangi-Filem-Trilogi-Shivaji Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Feb 2020

Riteish Deshmukh Bakal Bintangi Filem Trilogi "Shivaji"

Aktor itu akan bekerja di bawah arahan Nagraj Manjule bagi trilogi tersebut.

Sara-Ali-Khan-Bakal-Galas-Dua-Watak-Dalam-Atrangi-Re Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Feb 2020

Sara Ali Khan Bakal Galas Dua Watak Dalam "Atrangi Re"

Aktres itu juga akan digandingkan bersama Akshay Kumar dan Dhanush.