CLOSE
CLOSE AD

Madhuri Dixit Bakal Bintangi Siri Terbitan Karan Johar

  • 10 Dec 2019
Madhuri-Dixit-Bakal-Bintangi-Siri-Terbitan-Karan-Johar

Aktres Madhuri Dixit kini dilaporkan bakal membintangi sebuah siri drama kekeluargaan terbitan pembikin filem terkenal Karan Johar di bawah produksi Dharmatic yang akan ditayangkan menerusi portal penstriman video Netflix.

Sebelumnya, Madhuri telah bergelar penerbit buat pertama kali selepas menerbitkan sebuah filem Marathi yang turut ditayangkan di portal penstriman itu pada 15 Ogos lalu.

Selain itu, bintang filem "Kalank" itu turut dipilih untuk mengalih suara watak serigala Nisha dalam filem Netflix "Mowgli: Legend of the Jungle" versi Hindi pada November 2018.

"Saya merupakan peminat Netflix, jadi sebab itu saya telah membuat debut sebagai penerbit pada 15 Ogos. Bilangan jangkauan dan kepelbagaian penonton yang menggunakan servis global itu tidak tertanding.

"Karan dan kumpulan produksinya sudah saya anggap seperti keluarga saya sendiri, jadi apabila saya mendapat peluang untuk menjadi protagonis siri ini yang diterbitkan oleh Netflix dan Dharmatic, saya sangat teruja," ujarnya menerusi laporan Bollywood Hungama.

Siri yang masih belum diberi judul itu akan diarahkan oleh Sri Rao, seorang penulis dan pengarah berpangkalan di New York, dan menandakan penglibatan pertamanya dalam industri filem India.

Sementara itu, Karan yang dikenali sebagai KJo memberitahu, Madhuri adalah salah seorang aktres yang diminatinya dan menyifatkan kolaborasinya bersama Netflix dan aktres itu adalah sesuatu yang istimewa dan ikonik.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Madhuri Dixit Instagram)
(Sumber artikel: Bollywood Hungama)



Suggested Articles

Rajkummar-Rao-Akan-Bintangi-Filem-Tentang-Bapa-Tumpang Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Rajkummar Rao Akan Bintangi Filem Tentang Bapa Tumpang?

Projek filem itu kini masih dalam perbincangan pengarah Raaj Shaandilyaa.

Zoya-Akhtar-Rancang-Bikin-Sebuah-Filem-Gengster Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Zoya Akhtar Rancang Bikin Sebuah Filem Gengster

Pembikin filem itu turut merancang untuk berkolaborasi dengan adiknya Farhan Akhtar.

John-Abraham-Bakal-Terbitkan-Filem-Biopik-Revathi-Roy Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

John Abraham Bakal Terbitkan Filem Biopik Revathi Roy

Filem itu akan diadaptasi dari buku "Who is Revathi Roy" oleh Swati Lodha.

Rakul-Preet-Singh-Enggan-Bahayakan-Kesihatan-Demi-Watak Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Feb 2020

Rakul Preet Singh Enggan Bahayakan Kesihatan Demi Watak

Aktres itu tidak mahu menambah berat badan untuk menjayakan sesuatu watak.

Riteish-Deshmukh-Bakal-Bintangi-Filem-Trilogi-Shivaji Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Feb 2020

Riteish Deshmukh Bakal Bintangi Filem Trilogi "Shivaji"

Aktor itu akan bekerja di bawah arahan Nagraj Manjule bagi trilogi tersebut.

Sara-Ali-Khan-Bakal-Galas-Dua-Watak-Dalam-Atrangi-Re Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Feb 2020

Sara Ali Khan Bakal Galas Dua Watak Dalam "Atrangi Re"

Aktres itu juga akan digandingkan bersama Akshay Kumar dan Dhanush.