CLOSE
CLOSE AD

Diljit Dosanjh Janji Beri Persembahan Hebat Buat Peminat Di Malaysia

  • 10 Dec 2019
Diljit-Dosanjh-Janji-Beri-Persembahan-Hebat-Buat-Peminat-Di-Malaysia

Aktor dan penyanyi Punjabi Diljit Dosanjh yang baru-baru ini selesai membuat persembahan di konsert jelajahnya di Pune dan Bengaluru, kini bakal menghiburkan para peminat di Malaysia buat pertama kali.

"Sebaik mendapat tahu tawaran ini, saya memang terus teruja apabila diberitahu ramai peminat menanti kehadiran saya di Malaysia. Saya juga terharu apabila dimaklumkan tiket laris terjual.

"Saya sudah bersedia untuk menggegarkan Kuala Lumpur dengan irama bhangra khas buat peminat. Saya sangat teruja dan bakal menyampaikan lebih 25 lagu pada konsert itu nanti.

"Sebenarnya waktu saya sangat terhad apabila berkunjung ke sana nanti dan jadual kerja juga sangat padat. Namun, saya amat berharap dapat memanfaatkan masa dan dapat luangkan masa berjalan-jalan di Kuala Lumpur nanti," katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Antara lagu-lagu terkenal yang bakal dipersembahkan oleh Diljit di konsertnya ialah "Do You Know", "5 Taara", "Put Jatt Da", "Raat Di Gedi" dan " Nanak Aadh Jugaadh Jiyo".

Dianjurkan oleh Hitman Solutions, konsert sulung Bollyboom Diljit Live In Malaysia 2019 akan berlangsung di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, pada 13 Disember ini (Jumaat).

Beralih ke perkembangan lain, Diljit yang semakin giat mencipta nama di industri filem Hindi bakal tampil menerusi filem "Good Newwz" bersama bintang lain seperti Akshay Kumar, Kareena Kapoor Khan dan Kiara Advani.

Diarahkan oleh Raj Mehta, filem komedi romantik terbitan Dharma Productions dan Cape of Good Films itu bakal menemui penonton di pawagam bermula 27 Disember ini.

Untuk rekod, Diljit telah membuat debut dalam filem Hindi pada 2016 menerusi filem "Udta Punjab" dan seterusnya membintangi filem lain seperti "Soorma" dan "Arjun Patiala".

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: GQ India)
(Sumber artikel: Harian Metro)



Suggested Articles

Rakul-Preet-Singh-Enggan-Bahayakan-Kesihatan-Demi-Watak Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Feb 2020

Rakul Preet Singh Enggan Bahayakan Kesihatan Demi Watak

Aktres itu tidak mahu menambah berat badan untuk menjayakan sesuatu watak.

Riteish-Deshmukh-Bakal-Bintangi-Filem-Trilogi-Shivaji Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Feb 2020

Riteish Deshmukh Bakal Bintangi Filem Trilogi "Shivaji"

Aktor itu akan bekerja di bawah arahan Nagraj Manjule bagi trilogi tersebut.

Sara-Ali-Khan-Bakal-Galas-Dua-Watak-Dalam-Atrangi-Re Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Feb 2020

Sara Ali Khan Bakal Galas Dua Watak Dalam "Atrangi Re"

Aktres itu juga akan digandingkan bersama Akshay Kumar dan Dhanush.

Tiger-Shroff-Bakal-Terajui-Sekuel-Heropanti Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Feb 2020

Tiger Shroff Bakal Terajui Sekuel "Heropanti"?

Pembikin filem telah merancang untuk menerbitkan francais filem itu tahun lalu.

Filem-Klasik-Mr-India-Bakal-Diterbitkan-Semula-Dalam-Trilogi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Feb 2020

Filem Klasik "Mr. India" Bakal Diterbitkan Semula Dalam Trilogi

Berita itu disahkan oleh pengarah terkenal Ali Abbas Zafar.

Karan-Johar-Nafi-Bakal-Terbitkan-Student-of-the-Year-3 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Feb 2020

Karan Johar Nafi Bakal Terbitkan "Student of the Year 3"

Pembikin filem itu meminta semua pihak supaya berhenti menyebarkan berita tersebut.