CLOSE
CLOSE AD

Filem Mengenai Serangan Udara Balakot Bakal Direalisasikan

  • 16 Dec 2019
Filem-Mengenai-Serangan-Udara-Balakot-Bakal-Direalisasikan

Pada 26 Februari lalu, Tentera Udara India telah melakukan serangan udara terhadap kem militant di Balakot, Pakistan sebagai membalas dendam terhadap serangan di Pulwama.

Menurut laporan dari Mumbai Mirror, kini tragedi itu bakal diangkat ke sebuah filem atas hasil kerjasama pembikin filem Sanjay Leela Bhansali bersama Bhushan Kumar, Pragya Kapoor dan Mahaveer Jain.

"Sanjay Leela Bhansali, Bhushan Kumar, Mahaveer Jain dan Pragya Kapoor bergabung tenaga untuk memberi penghormatan kepada pewira India dan semangat mereka yang tidak pernah mati dalam filem pemenang anugerah Nasional Abhishek Kapoor berdasarkan Serangan Udara Balakot 2019.

"Ia sebuah kisah yang menyambut kejayaan Tentera Udara India," ujar pihak produksi Bhansali Productions menerusi sebuah kenyataan rasmi yang dimuat naik melalui akaun Twitter milik mereka baru-baru ini.

Seperti yang dilaporkan juga, sebelum ini satu sumber mendedahkan bahawa keuntungan filem itu bakal disalurkan kepada tabung dana kebajikan tentera negara tersebut.

Beralih ke perkembangan lain, Bhansali kini sedang sibuk dalam menjayakan sebuah filem besar berjudul "Gangubai Kathiawadi" yang diterajui aktres Alia Bhatt.

Buat masa ini filem berkenaan masih dalam proses pembikinan dan Alia juga telah melawat set penggambaran yang dibina khas untuk filem tersebut. Ia dijangka untuk diriliskan di pawagam pada 11 September 2020.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Ladpoint & The Hindu Business)
(Sumber artikel: Mumbai Mirror)



Suggested Articles

Taapsee-Pannu-Akui-Kecewa-Tak-Terima-Anugerah-Untuk-Pink Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Taapsee Pannu Akui Kecewa Tak Terima Anugerah Untuk "Pink"

Aktres itu tidak menerima sebarang pencalonan bagi penglibatannya dalam filem tersebut.

Mahie-Gill-Sedia-Tonjol-Sisi-Komedi-Pula Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Mahie Gill Sedia Tonjol Sisi Komedi Pula

Aktres itu sudah mula bosan sering ditawarkan watak serius dalam filem.

Salman-Khan-Bakal-Rilis-Teaser-Treler-Radhe-Dalam-Masa-Terdekat Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Salman Khan Bakal Rilis Teaser Treler "Radhe" Dalam Masa Terdekat

Penggambaran filem aksi paling dinanti-nantikan ini sudah hampir selesai.

Rajkummar-Rao-Akan-Bintangi-Filem-Tentang-Bapa-Tumpang Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Rajkummar Rao Akan Bintangi Filem Tentang Bapa Tumpang?

Projek filem itu kini masih dalam perbincangan pengarah Raaj Shaandilyaa.

Zoya-Akhtar-Rancang-Bikin-Sebuah-Filem-Gengster Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Zoya Akhtar Rancang Bikin Sebuah Filem Gengster

Pembikin filem itu turut merancang untuk berkolaborasi dengan adiknya Farhan Akhtar.

John-Abraham-Bakal-Terbitkan-Filem-Biopik-Revathi-Roy Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

John Abraham Bakal Terbitkan Filem Biopik Revathi Roy

Filem itu akan diadaptasi dari buku "Who is Revathi Roy" oleh Swati Lodha.