CLOSE
CLOSE AD

Tarikh Rilis Filem "Gulabo Sitabo" Diubah Buat Kali Kedua

  • 16 Dec 2019
Tarikh-Rilis-Filem-Gulabo-Sitabo-Diubah-Buat-Kali-Kedua

Tarikh tayangan filem lakonan aktor veteran Amitabh Bachchan bersama Ayushmann Khurrana, "Gulabo Sitabo", dilaporkan telah diubah buat kali kedua iaitu pada 17 April 2020.

Seperti yang dilaporkan menerusi Bollywood Helpline, sebelumnya filem itu dijangka untuk dirilis pada 24 April 2020, kemudian diawalkan sehingga 28 Februari 2020 sebelum diubah ke 17 April 2020.

Perkara itu telah disahkan oleh penganalisa perdagangan Taran Adarsh dan pengarah filem itu sendiri, Shoojit Sircar, menerusi laman Twitter mereka baru-baru ini.

Buat pengetahuan umum, pihak produksi telah pun menamatkan sesi penggambaran pada beberapa bulan lalu di Lucknow serta mendedahkan penampilan pertama bagi pelakon utama.

Filem komedi drama kekeluargaan itu menandakan gabungan debut antara Amitabh dan Ayushmann di layar perak serta kerjasama kedua Ayushmann dan Shoojit selepas filem "Vicky Donor".

Selain Amitabh dan Ayushmann, filem itu turut menampilkan pelakon lain seperti Nalneesh Neel dan Tina Bhatia.

Selain "Gulabo Sitabo" Shoojit juga sedang menghasilkan filem biopik mengenai Sardar Udham Singh yang menampilkan aktor Vicky Kaushal sebagai peneraju utama.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: India Times)
(Sumber artikel: Bollywood Helpline)



Suggested Articles

Taapsee-Pannu-Akui-Kecewa-Tak-Terima-Anugerah-Untuk-Pink Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Taapsee Pannu Akui Kecewa Tak Terima Anugerah Untuk "Pink"

Aktres itu tidak menerima sebarang pencalonan bagi penglibatannya dalam filem tersebut.

Mahie-Gill-Sedia-Tonjol-Sisi-Komedi-Pula Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Mahie Gill Sedia Tonjol Sisi Komedi Pula

Aktres itu sudah mula bosan sering ditawarkan watak serius dalam filem.

Salman-Khan-Bakal-Rilis-Teaser-Treler-Radhe-Dalam-Masa-Terdekat Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Salman Khan Bakal Rilis Teaser Treler "Radhe" Dalam Masa Terdekat

Penggambaran filem aksi paling dinanti-nantikan ini sudah hampir selesai.

Rajkummar-Rao-Akan-Bintangi-Filem-Tentang-Bapa-Tumpang Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Rajkummar Rao Akan Bintangi Filem Tentang Bapa Tumpang?

Projek filem itu kini masih dalam perbincangan pengarah Raaj Shaandilyaa.

Zoya-Akhtar-Rancang-Bikin-Sebuah-Filem-Gengster Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Zoya Akhtar Rancang Bikin Sebuah Filem Gengster

Pembikin filem itu turut merancang untuk berkolaborasi dengan adiknya Farhan Akhtar.

John-Abraham-Bakal-Terbitkan-Filem-Biopik-Revathi-Roy Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

John Abraham Bakal Terbitkan Filem Biopik Revathi Roy

Filem itu akan diadaptasi dari buku "Who is Revathi Roy" oleh Swati Lodha.