CLOSE
CLOSE AD

Keunikan Siri Filem Menarik Bulan Disember Hanya di BollyOne HD 19 Disember - 26 Disember 2019

  • 17 Dec 2019
Keunikan-Siri-Filem-Menarik-Bulan-Disember-Hanya-di-BollyOne-HD-19-Disember-26-Disember-2019

Malaal
Khamis, 19  Disember
BollyOne HD (Saluran 251), 9pm 

Barisan Pelakon: Sharmin Segal (heroin) dan Meezaan Jaffrey (hero)

Filem terbaharu ini mengisahkan tentang perasaan romantis antara Astha Tripathi (Astha) dan Shiva More (Siva). Malaal merupakan filem adaptasi Tamil yang telah memenangi pelbagai anugerah - 7G Rainbow Colony. Astha dan Siva merupakan dua watak berbeza yang sentiasa bertelingkah antara satu sama lain seperti anjing dengan kucing. Pada suatu malam, Astha telah berjumpa dengan Siva lalu menuju ke hadapannya dan menasihati Siva untuk membuktikan kejujurannya. Maka, wujudnya persahabatan antara mereka yang kemudian bertukar menjadi cinta yang sejati. Satu hari, Astha telah lupa untuk mengambil kuncinya dalam perjalanan pulang dari rumah kawan. Maka dia telah meminta teman lelakinya untuk menunggu kepulangannya (Astha) lalu menuju ke arah rumah kawan untuk mengambil kunci tersebut. Astha telah ditimpa kemalangan di hadapan teman lelakinya dalam sekelip mata semasa menuju ke arah rumah sahabatnya. Adakah Astha akan kembali pulih seperti biasa? Adakah pasangan romantis ini akan bersatu? Berikut merupakan persoalan-persoalan menarik yang akan terjawab dalam kisah percintaan ini.
 
Hum Chaar
​Khamis, 26  Disember
BollyOne HD (Saluran 251), 9pm

Barisan Pelakon
: Prit Haren Kamani sebagai Namit, Simran Sharma sebagai Manjari, Anshuman Malhotra sebagai Abeer dan Tushar Pandey sebagai Surjo
 
Hum Chaar yang merupakan sebuah filem terbitan Rajshri Productions, syarikat produksi yang terkenal dengan pelbagai filem blockbuster sejak tahun 1947. Filem ini mengisahkan persahabatan sejati dan akrab antara 4 orang sahabat. Filem ini merupakan kisah adaptasi daripada Maine Pyar Kiya, sebuah filem Hindustan yang telah diterbitkan pada tahun 1989. Penceritaan bermula dengan penerimaan hakikat bahawa pada zaman moden, kawan-kawan juga dianggap sebagai keluarga yang penuh dengan debaran.  Jangan lupa saksikan filem menarik ini sebagai hadiah Krismas untuk tahun ini!

Strim filem-filem ini melalui Astro GO dan On Demand di mana jua! 
 



Suggested Articles

Rajkummar-Rao-Akan-Bintangi-Filem-Tentang-Bapa-Tumpang Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Rajkummar Rao Akan Bintangi Filem Tentang Bapa Tumpang?

Projek filem itu kini masih dalam perbincangan pengarah Raaj Shaandilyaa.

Zoya-Akhtar-Rancang-Bikin-Sebuah-Filem-Gengster Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Zoya Akhtar Rancang Bikin Sebuah Filem Gengster

Pembikin filem itu turut merancang untuk berkolaborasi dengan adiknya Farhan Akhtar.

John-Abraham-Bakal-Terbitkan-Filem-Biopik-Revathi-Roy Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

John Abraham Bakal Terbitkan Filem Biopik Revathi Roy

Filem itu akan diadaptasi dari buku "Who is Revathi Roy" oleh Swati Lodha.

Rakul-Preet-Singh-Enggan-Bahayakan-Kesihatan-Demi-Watak Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Feb 2020

Rakul Preet Singh Enggan Bahayakan Kesihatan Demi Watak

Aktres itu tidak mahu menambah berat badan untuk menjayakan sesuatu watak.

Riteish-Deshmukh-Bakal-Bintangi-Filem-Trilogi-Shivaji Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Feb 2020

Riteish Deshmukh Bakal Bintangi Filem Trilogi "Shivaji"

Aktor itu akan bekerja di bawah arahan Nagraj Manjule bagi trilogi tersebut.

Sara-Ali-Khan-Bakal-Galas-Dua-Watak-Dalam-Atrangi-Re Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Feb 2020

Sara Ali Khan Bakal Galas Dua Watak Dalam "Atrangi Re"

Aktres itu juga akan digandingkan bersama Akshay Kumar dan Dhanush.