CLOSE
CLOSE AD

Judul Dan Tarikh Rilis Filem Taapsee Pannu & Vikrant Massey Didedahkan

  • 18 Dec 2019
Judul-Dan-Tarikh-Rilis-Filem-Taapsee-Pannu-Vikrant-Massey-Didedahkan

Teka teki mengenai filem terbaru lakonan Taapsee Pannu bersama aktor gandingannya Vikrant Massey akhirnya terjawab apabila pembikin mendedahkan judulnya iaitu "Haseen Dillruba".

Menurut laporan dari Hindustan Times, filem terbitan Aanand L Rai itu bakal diarahkan oleh Vinil Mathew, yang pernah mengarah filem komedi romantik "Hasee Toh Phasee" pada 2014.

""Haseen Dillruba" merupakan filem misteri pembunuhan yang diselitkan dengan kisah cinta yang rumit, sebuah genre yang kami tidak pernah terokai lagi sebelum ini.

"Kami tidak sabar untuk menyajikan para penonton dengan skrip yang luar biasa ini," ujar Rai yang menerbitkan filem itu di bawah syarikat produksinya Colour Yellow Production bersama Eros International dan Himanshu Sharma.

Dalam pada itu, Pengarah Pengurusan Eros International Sunil Lulla berkata, konsep yang dibawakan kali ini berbeza dengan thriller-thriller yang lain dan berasa teruja kerana terlibat dalam pembikinan filem tersebut.

Buat pengetahuan lanjut, skrip filem telah dihasilkan oleh Kanika Dhillon, yang juga penulis skrip bagi filem "Manmarziyaan" dan "Judgementall Hai Kya" yang dibintangi Taapsee.

Buat masa ini jalan cerita masih belum didedahkan dan para pembikin filem mensasarkan 18 September 2020 sebagai tarikh tayangan filem tersebut.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Latestly)
(Sumber artikel: Hindustan Times)



Suggested Articles

Taapsee-Pannu-Akui-Kecewa-Tak-Terima-Anugerah-Untuk-Pink Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Taapsee Pannu Akui Kecewa Tak Terima Anugerah Untuk "Pink"

Aktres itu tidak menerima sebarang pencalonan bagi penglibatannya dalam filem tersebut.

Mahie-Gill-Sedia-Tonjol-Sisi-Komedi-Pula Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Mahie Gill Sedia Tonjol Sisi Komedi Pula

Aktres itu sudah mula bosan sering ditawarkan watak serius dalam filem.

Salman-Khan-Bakal-Rilis-Teaser-Treler-Radhe-Dalam-Masa-Terdekat Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Salman Khan Bakal Rilis Teaser Treler "Radhe" Dalam Masa Terdekat

Penggambaran filem aksi paling dinanti-nantikan ini sudah hampir selesai.

Rajkummar-Rao-Akan-Bintangi-Filem-Tentang-Bapa-Tumpang Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Rajkummar Rao Akan Bintangi Filem Tentang Bapa Tumpang?

Projek filem itu kini masih dalam perbincangan pengarah Raaj Shaandilyaa.

Zoya-Akhtar-Rancang-Bikin-Sebuah-Filem-Gengster Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Zoya Akhtar Rancang Bikin Sebuah Filem Gengster

Pembikin filem itu turut merancang untuk berkolaborasi dengan adiknya Farhan Akhtar.

John-Abraham-Bakal-Terbitkan-Filem-Biopik-Revathi-Roy Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

John Abraham Bakal Terbitkan Filem Biopik Revathi Roy

Filem itu akan diadaptasi dari buku "Who is Revathi Roy" oleh Swati Lodha.