CLOSE
CLOSE AD

Kiara Advani Sasar Pencapaian Yang Lebih Baik Pada 2020

  • 19 Dec 2019
  • Tags:
Kiara-Advani-Sasar-Pencapaian-Yang-Lebih-Baik-Pada-2020

Mengimbau semula pembabitannya dalam industri perfileman Bollywood sejak lima tahun lalu, aktres Kiara Advani meluahkan rasa bangga dengan pencapaiannya sehingga ke hari ini.

"Lima tahun lalu, jika orang bertanya di mana saya nampak diri saya dalam lima tahun lagi, saya akan cakap inilah apa yang saya selalu impikan.

"Saya rasa tiada apa yang kurang dalam perjalanan ini. Saya berharap 2020 dan tahun-tahun seterusnya saya akan menjadi antara yang terbaik," katanya yang dipetik dari Mumbai Mirror.

Dalam pada itu, Kiara turut mendedahkan dia ingin berkolaborasi dengan barisan aktor-aktor hebat seperti Ranveer Singh, Ranbir Kapoor dan Varun Dhawan serta aktor veteran Amitabh Bachchan.

Tahun 2019 telah menyaksikan Kiara menjayakan filem "Kabir Singh" bersama aktor Shahid Kapoor selain membuat penampilan istimewa menerusi filem sejarah arahan Abhishek Varman berjudul "Kalank".

Dalam perkembangan baru, tahun 2020 merupakan tahun yang sibuk buat Kiara memandangkan dia mempunyai empat buah filem dalam tangan iaitu "Laxmmi Bomb", "Indoo Ki Jawani", "Bhool Bhulaiyaa" dan "Shershaah".

Selain itu, Kiara akan tampil menerajui filem komedi "Good Newwz" bersama Kareena Kapoor Khan, Akshay Kumar dan Diljit Dosanjh yang akan dirilis di pawagam pada 27 Disember ini.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Peacock Magazine)
(Sumber artikel: Mumbai Mirror)



Suggested Articles

Tayangan-Filem-Varun-Dhawan-Coolie-No-1-Ditunda-Juga Bolly Lah
ARTICLE
  • 08 Apr 2020

Tayangan Filem Varun Dhawan "Coolie No. 1" Ditunda Juga?

Buat masa ini pihak produksi masih belum menetapkan tarikh baru filem tersebut.

Tayangan-Filem-Radhe-Mungkin-Akan-Ditunda Bolly Lah
ARTICLE
  • 08 Apr 2020

Tayangan Filem "Radhe" Mungkin Akan Ditunda

Ia susulan Perintah Berkurung yang dilaksanakan di India akibat pandemik COVID-19.

Hrithik-Roshan-Jalin-Kerjasama-Dengan-NGO-Bantu-Golongan-Memerlukan Bolly Lah
ARTICLE
  • 08 Apr 2020

Hrithik Roshan Jalin Kerjasama Dengan NGO Bantu Golongan Memerlukan

Aktor itu membantu beberapa golongan yang terkesan dengan Perintah Berkurung.

Kiara-Advani-Hargai-Sokongan-Peminat-Terhadap-Filem-Guilty Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Apr 2020

Kiara Advani Hargai Sokongan Peminat Terhadap Filem "Guilty"

Aktres itu turut berkongsikan perasaan menjayakan watak dalam filem tersebut.

Rakul-Preet-Singh-Salur-Bantuan-Makanan-Kepada-200-Keluarga Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Apr 2020

Rakul Preet Singh Salur Bantuan Makanan Kepada 200 Keluarga

Aktres itu ingin mengurangkan beban orang ramai yang terkesan akibat COVID-19.

Sara-Ali-Khan-Kekal-Aktif-Walaupun-Dalam-Tempoh-Perintah-Berkurung Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Apr 2020

Sara Ali Khan Kekal Aktif Walaupun Dalam Tempoh Perintah Berkurung

Aktres itu berkongsikan video-video tarian dan senamannya di Instagram.