CLOSE
CLOSE AD

Priyanka Chopra Menentang Keganasan Dalam Rusuhan Akta Di India

  • 19 Dec 2019
Priyanka-Chopra-Menentang-Keganasan-Dalam-Rusuhan-Akta-Di-India

Berikutan rusuhan yang menimbulkan kekacauan di India, aktres Priyanka Chopra Jonas tampil bersuara dan menentang keganasan terhadap pelajar universiti yang menyertai rusuhan itu secara aman.

"Pendidikan amat penting bagi setiap anak-anak kita. Pendidikan yang membantu mereka berfikiran matang. Kami membesarkan mereka untuk mempunyai hak bersuara.

"Dalam mencapai demokrasi, ianya salah untuk menggunakan kekerasan terhadap individu yang menyuarakan hak mereka secara aman. Setiap suara itu penting dalam mengubah India," tulisnya dalam sebuah entri di Twitter.

Seperti yang dilaporkan oleh India Today, aktres "The Sky Is Pink" itu menentang tindakan pihak polis yang menggunakan kekerasan terhadap pelajar Jamia Millia Islamia dan Universiti Islam Aligarh yang menyertai rusuhan tersebut.

Difahamkan rusuhan yang berlaku sejak beberapa hari lalu berpunca dari Akta Pindaan Kewarganegaraan yang membenarkan status kewarganegaraan kepada pelarian bukan Islam dari tiga negara Islam.

Sesetengah pihak menganggap undang-undang itu sebagai diskriminasi dan sebahagian agenda puak nasionalis Hindu namun ia telah dinafikan oleh Perdana Menteri Narendra Modi.

Selain Priyanka, barisan selebriti yang turut menyuarakan bantahan terhadap keganasan itu ialah Rajkummar Rao, Ayushmann Khurrana dan Hrithik Roshan.

Sementara itu, aktor seperti Farhan Akhtar dan Anurag Kashyap tampil bersuara dan mengajak orang ramai untuk sama-sama menentang akta tersebut.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Man Repeller)
(Sumber artikel: India Today)



Suggested Articles

Taapsee-Pannu-Akui-Kecewa-Tak-Terima-Anugerah-Untuk-Pink Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Taapsee Pannu Akui Kecewa Tak Terima Anugerah Untuk "Pink"

Aktres itu tidak menerima sebarang pencalonan bagi penglibatannya dalam filem tersebut.

Mahie-Gill-Sedia-Tonjol-Sisi-Komedi-Pula Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Mahie Gill Sedia Tonjol Sisi Komedi Pula

Aktres itu sudah mula bosan sering ditawarkan watak serius dalam filem.

Salman-Khan-Bakal-Rilis-Teaser-Treler-Radhe-Dalam-Masa-Terdekat Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Salman Khan Bakal Rilis Teaser Treler "Radhe" Dalam Masa Terdekat

Penggambaran filem aksi paling dinanti-nantikan ini sudah hampir selesai.

Rajkummar-Rao-Akan-Bintangi-Filem-Tentang-Bapa-Tumpang Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Rajkummar Rao Akan Bintangi Filem Tentang Bapa Tumpang?

Projek filem itu kini masih dalam perbincangan pengarah Raaj Shaandilyaa.

Zoya-Akhtar-Rancang-Bikin-Sebuah-Filem-Gengster Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Zoya Akhtar Rancang Bikin Sebuah Filem Gengster

Pembikin filem itu turut merancang untuk berkolaborasi dengan adiknya Farhan Akhtar.

John-Abraham-Bakal-Terbitkan-Filem-Biopik-Revathi-Roy Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

John Abraham Bakal Terbitkan Filem Biopik Revathi Roy

Filem itu akan diadaptasi dari buku "Who is Revathi Roy" oleh Swati Lodha.