CLOSE
CLOSE AD

Kriti Sanon berehat sebelum sambung penggambaran "Mimi"

  • 20 Dec 2019
Kriti-Sanon-berehat-sebelum-sambung-penggambaran-Mimi

Selesai sahaja jadual penggambaran pertama bagi filem terbarunya "Mimi", aktres Kriti Sanon mengambil keputusan untuk berehat sementara sebelum menyambung jadual seterusnya.

"Buat masa ini, saya terlibat dengan penggambaran "Mimi". Kami telah menamatkan jadual pertama penggambaran dan kini filem ini telah siap sebanyak 40 peratus. Kami menjalankan penggambaran di Mandawa.

"Memandangkan jadual seterusnya bermula pada Februari tahun hadapan, jadi sekarang saya sedang bercuti. Jadual saya agak sibuk sepanjang tahun ini kerana mempunyai empat buah filem yang dirilis.

"Jadi inilah masanya untuk saya berehat dan meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan," ujarnya yang dipetik menerusi laporan Pinkvilla.

Menerusi filem "Mimi", Kriti akan memegang watak sebagai seorang ibu tumpang serta menandakan debutnya sebagai protagonis dalam sebuah filem.

Filem itu diinspirasikan dari sebuah filem Marathi berjudul "Mala Aai Vhaaychya" yang pernah memenangi anugerah Filem Cereka Terbaik Marathi peringkat kebangsaan pada tahun 2011.

Selain Kriti, filem arahan Laxman Utekar itu turut menampilkan pelakon lain seperti Sai Tamhankar dan Pankaj Tripathi. Diterbitkan oleh Dinesh Vijan, "Mimi" dijangka untuk dirilis pada tahun 2020.

(Sumber foto: India Glitz)
(Sumber artikel: Pinkvilla)



Suggested Articles

Mrunal-Thakur-Akui-Sukar-Imbangkan-Watak-Dalam-Jersey-dan-Toofan Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Apr 2020

Mrunal Thakur Akui Sukar Imbangkan Watak Dalam "Jersey" dan "Toofan"

Aktres itu digandingkan bersama aktor Shahid Kapoor dan Farhan Akhtar.

Ishita-Raj-Bakal-Bintangi-Filem-Pendek-Hidden Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Apr 2020

Ishita Raj Bakal Bintangi Filem Pendek "Hidden"

Filem aksi thriller itu diarahkan oleh Raman K Jangwal di bawah terbitan Vinil Gupta.

Karan-Johar-Tolak-Semua-Spekulasi-Tentang-Takht Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Apr 2020

Karan Johar Tolak Semua Spekulasi Tentang "Takht"

Baru-baru ini timbul banyak spekulasi berkenaan produksi filem tersebut.

Kriti-Sanon-Arjun-Kapoor-Nasihat-Orang-Ramai-Amalkan-Penjarakan-Sosial Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Kriti Sanon, Arjun Kapoor Nasihat Orang Ramai Amalkan Penjarakan Sosial

Kedua-dua bintang filem itu turut berkongsi langkah pencegahan wabak COVID-19.

Kangana-Ranaut-Pernah-Tolak-Filem-Sanju-Dan-Sultan Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Kangana Ranaut Pernah Tolak Filem "Sanju" Dan "Sultan"

Aktres itu memberitahu dia tidak gemar akan watak yang ditawarkan kepadanya.

Vicky-Kaushal-Bakal-Sumbangkan-Wang-Kepada-Dana-PM-CARES Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Vicky Kaushal Bakal Sumbangkan Wang Kepada Dana PM-CARES

Aktor itu ingin membantu golongan tidak bernasib baik ketika Perintah Berkurung.