CLOSE
CLOSE AD

Amitabh Bachchan Batal Kehadiran ke Anugerah Filem Nasional 2019

  • 23 Dec 2019
Amitabh-Bachchan-Batal-Kehadiran-ke-Anugerah-Filem-Nasional-2019

Bintang veteran Amitabh Bachchan terpaksa membatalkan kehadiran ke acara berprestij Anugerah Filem Nasional 2019 di Delhi pada Isnin berikutan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

"Demam dan tidak dibenarkan untuk bergerak ke mana-mana. Saya tidak dapat menghadiri Anugerah Filem Nasional di Delhi pada esok hari. Sangat mengecewakan.

"Segala kesulitan amat dikesali," ujar Bachchan menerusi entri yang dimuat naik di laman Twitter pada Ahad lalu.

Menurut laporan dari Times of India, difahamkan bahawa aktor berusia 77 tahun itu baru sahaja menamatkan jadual penggambaran bagi filem "Chehre" di Slovakia.

Ini bukanlah kali pertama Bachchan membatalkan kehadirannya ke acara. Sebelumnya, Bachchan turut membatalkan penampilannya ke Pesta Buku Antarabangsa Sharjah, kerana tahap kesihatan menghalangnya untuk terbang ke luar negara.

Walau bagaimanapun, pada November lalu, dia telah berpeluang untuk menghadiri dan berucap di upacara pembukaan Festival Filem India edisi ke-50 di Goa.

Selain didiagnosis dengan penyakit sirosis hati, Bachchan yang kerap keluar masuk hospital turut mendedahkan bahawa berat badannya telah susut sebanyak 5kg.

Dalam pada itu, filem "Chehre" yang turut diterajui aktor Emraan Hashmi dan aktres Krystle D'Souza akan ditayangkan di pawagam pada 24 April 2020.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Biz Asia)
(Sumber artikel: Times of India)



Suggested Articles

Kiara-Advani-Hargai-Sokongan-Peminat-Terhadap-Filem-Guilty Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Apr 2020

Kiara Advani Hargai Sokongan Peminat Terhadap Filem "Guilty"

Aktres itu turut berkongsikan perasaan menjayakan watak dalam filem tersebut.

Rakul-Preet-Singh-Salur-Bantuan-Makanan-Kepada-200-Keluarga Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Apr 2020

Rakul Preet Singh Salur Bantuan Makanan Kepada 200 Keluarga

Aktres itu ingin mengurangkan beban orang ramai yang terkesan akibat COVID-19.

Sara-Ali-Khan-Kekal-Aktif-Walaupun-Dalam-Tempoh-Perintah-Berkurung Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Apr 2020

Sara Ali Khan Kekal Aktif Walaupun Dalam Tempoh Perintah Berkurung

Aktres itu berkongsikan video-video tarian dan senamannya di Instagram.

Suhana-Khan-Ikuti-Kelas-Tarian-di-Rumah Bolly Lah
ARTICLE
  • 06 Apr 2020

Suhana Khan Ikuti Kelas Tarian di Rumah

Anak kepada bintang Shah Rukh Khan itu mendapat khidmat daripada seorang guru tarian.

Nora-Fatehi-Dedah-Kehidupan-Sebelum-Bergelar-Selebriti Bolly Lah
ARTICLE
  • 06 Apr 2020

Nora Fatehi Dedah Kehidupan Sebelum Bergelar Selebriti

Aktres dan penyanyi itu pernah berdepan masalah kewangan suatu ketika dahulu.

Ekta-Kapoor-Tolak-Gaji-Setahun-Untuk-Bantu-Pekerja-Produksinya Bolly Lah
ARTICLE
  • 06 Apr 2020

Ekta Kapoor Tolak Gaji Setahun Untuk Bantu Pekerja Produksinya

Pembikin filem itu ingin mengurangkan beban orang ramai akibat pandemik COVID-19.