CLOSE
CLOSE AD

Deepika Padukone Alami Depresi Ketika Penggambaran "Chhapaak"

  • 23 Dec 2019
Deepika-Padukone-Alami-Depresi-Ketika-Penggambaran-Chhapaak

Jika beberapa tahun lalu aktres Deepika Padukone mengakui dia mengalami depresi selepas putus cinta, kini dia mengalami perkara yang sama ketika menjalani penggambaran bagi filem barunya "Chhapaak".

"Saya memerlukan kaunselor di set penggambaran filem bersama saya. Perkara itu terjadi secara tiba-tiba dan saya juga terkejut. Mungkin saya terlalu letih atau tempoh penggambaran berjalan agak lama.

"Akan tetapi ia semakin teruk dan saya mula berasa sesak. Ia sangat sukar dan mengganggu emosi saya apabila memikirkan hari-hari tersebut," ujar Deepika yang dipetik dari Hindustan Times.

Aktres itu dilihat sentiasa bersikap terbuka dalam membicarakan soal depresi dan gangguan mental dan baru-baru ini dia menjadi jurucakap bagi kes melibatkan kesihatan mental.

Dalam pada itu, Deepika turut mendedahkan segala persiapan untuk filem berkenaan dilakukan sebelum majlis perkahwinannya bersama aktor Ranveer Singh pada 2018.

"Pada mulanya ia hanya melibatkan perkara teknikal tanpa membabitkan sebarang emosi. Sebaik sahaja saya bersetuju dengan filem ini, kami terus memulakan solekan prostetik sebelum saya sibuk dengan majlis perkahwinan," tambahnya lagi.

"Chhapaak" merupakan sebuah filem yang diinspirasikan dari kisah benar mengenai seorang wanita bernama Laxmi Agarwal yang menjadi mangsa serangan asid pada 2005.

Filem arahan Meghna Gulzar itu akan ditayangkan di pawagam bermula 10 Januari 2020.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Fashion Editorials)
(Sumber artikel: Hindustan Times)



Suggested Articles

Penampilan-Cameo-Selebriti-Hollywood-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jul 2020

Penampilan Cameo Selebriti Hollywood Dalam Filem Bollywood

Dua industri perfileman terbesar di dunia ini sering bekerjasama dalam pembikinan filem.

Koreografi-Tarian-Saroj-Khan-Paling-Ikonik-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jul 2020

Koreografi Tarian Saroj Khan Paling Ikonik Dalam Filem Bollywood

Jom lihat foto-foto menarik babak tarian legenda terkenal di Bollywood ini!

Kareena-Kapoor-Dedah-Sebab-Dia-Tarik-Diri-Dari-Kaho-Na-Pyaar-Hai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

Kareena Kapoor Dedah Sebab Dia Tarik Diri Dari "Kaho Na... Pyaar Hai"

Bintang terkenal itu akhirnya membuat debut menerusi filem "Refugee".

BollyOne-HD-Tayangkan-5-Filem-Bollywood-Menarik-Sepanjang-Julai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

BollyOne HD Tayangkan 5 Filem Bollywood Menarik Sepanjang Julai

Jangan terlepas untuk menonton filem-filem lakonan bintang Bollywood pujaan anda!

6-Filem-Bollywood-Yang-Menggunakan-Lokasi-Palsu Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

6 Filem Bollywood Yang Menggunakan Lokasi Palsu

Para pembikin filem bijak mencari lokasi-lokasi yang seakan lokasi sebenar!