CLOSE
CLOSE AD

Varun Dhawan tak kisah tarikh rilis "Street Dancer 3D" dan "Pangga" berlanggar

  • 27 Dec 2019
  • Tags:
Varun-Dhawan-tak-kisah-tarikh-rilis-Street-Dancer-3D-dan-Pangga-berlanggar

Isu pelanggaran tarikh rilis filem sudah menjadi kebiasaan bagi industri perfileman Bollywood namun ia tidak menjadi masalah besar buat aktor Varun Dhawan.

Seperti sedia maklum, filem terbarunya "Street Dancer 3D" akan ditayangkan pada tarikh yang sama dengan filem sukan "Panga" yang diterajui aktres berbakat Kangana Ranaut iaitu pada 24 Januari 2020.

"Kangana adalah seseorang yang sudah lama saya kenal selama beberapa tahun. Saya sangat kagum dengan kerjanya. Awal-awal lagi dia sudah menyatakan bahawa kedua-dua filem ini sangat berbeza.

"Sudah hampir tahun 2020, kita tidak sepatutnya bimbang tentang pelanggaran tarikh rilis sebaliknya menerima sahaja perkara itu," ujarnya yang dipetik dari Times of India.

Sementara itu, pengarah "Street Dancer 3D" Remo D'Souza memberitahu dia tidak berasa tertekan dengan isu berkenaan memandangkan kedua-dua filem itu berbeza genre.

"Filem kami adalah sebuah filem tarian sementara filem mereka adalah berdasarkan sukan. Ada kemungkinan bahawa filem-filem ini akan bersaing di carta pecah panggung," katanya.

Baru-baru ini Varun, aktres Nora Fatehi dan kumpulan produksi "Street Dancer 3D" menghadiri majlis pelancaran salah sebuah lagu dalam filem berjudul "Garmi".

Filem "Street Dancer 3D" diterbitkan oleh kerjasama Bhushan Kumar, Divya Khosla Kumar, Krishan Kumar dan Lizelle D'Souza.

(Sumber foto: Varun Dhawan Instagram)
(Sumber artikel: Times of India)



Suggested Articles

Taapsee-Pannu-Akui-Kecewa-Tak-Terima-Anugerah-Untuk-Pink Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Taapsee Pannu Akui Kecewa Tak Terima Anugerah Untuk "Pink"

Aktres itu tidak menerima sebarang pencalonan bagi penglibatannya dalam filem tersebut.

Salman-Khan-Bakal-Rilis-Teaser-Treler-Radhe-Dalam-Masa-Terdekat Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Salman Khan Bakal Rilis Teaser Treler "Radhe" Dalam Masa Terdekat

Penggambaran filem aksi paling dinanti-nantikan ini sudah hampir selesai.

Rajkummar-Rao-Akan-Bintangi-Filem-Tentang-Bapa-Tumpang Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Rajkummar Rao Akan Bintangi Filem Tentang Bapa Tumpang?

Projek filem itu kini masih dalam perbincangan pengarah Raaj Shaandilyaa.

Zoya-Akhtar-Rancang-Bikin-Sebuah-Filem-Gengster Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Zoya Akhtar Rancang Bikin Sebuah Filem Gengster

Pembikin filem itu turut merancang untuk berkolaborasi dengan adiknya Farhan Akhtar.

John-Abraham-Bakal-Terbitkan-Filem-Biopik-Revathi-Roy Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

John Abraham Bakal Terbitkan Filem Biopik Revathi Roy

Filem itu akan diadaptasi dari buku "Who is Revathi Roy" oleh Swati Lodha.

Rakul-Preet-Singh-Enggan-Bahayakan-Kesihatan-Demi-Watak Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Feb 2020

Rakul Preet Singh Enggan Bahayakan Kesihatan Demi Watak

Aktres itu tidak mahu menambah berat badan untuk menjayakan sesuatu watak.