CLOSE
CLOSE AD

Saif Ali Khan Buat Perbandingan "Tanhaji" dan "Game of Thrones"

  • 03 Jan 2020
Saif-Ali-Khan-Buat-Perbandingan-Tanhaji-dan-Game-of-Thrones

Sejak treler filem sejarah biografi "Tanhaji: The Unsung Warrior" dilancarkan, orang ramai berpendapat bahawa filem lakonan Saif Ali Khan itu mempunyai banyak persamaan dengan siri Hollywood terkenal "Game of Thrones".

"Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat beberapa persamaan antara filem ini dan "Game of Thrones" seperti yang diperkatakan oleh orang ramai. Walau bagaimanapun, kita semua dipengaruhi oleh set dan pakaian tetapi bukan dari segi persembahan.

"Saya memang suka watak Jon Snow dan "Game of Thrones" tetapi saya rasa Udaybhan Rathod 20 kali ganda lebih hebat dari Jon Snow.

"Pada pendapat saya, Jon Snow tidak setanding dengan lelaki ini dari segi persembahan dan lain-lain," katanya yang dipetik dari Mumbai Mirror.

Seperti sedia maklum, Saif menggalas watak Udaybhan Rathod sementara Ajay Devgn pula diberi tanggungjawab untuk membawa watak ketua tentera Empayar Maratha iaitu Tanaji Malusare serta Kajol sebagai isterinya Savitribai Malusare.

Diarahkan oleh Om Raut di bawah terbitan Ajay Devgn dan Bhushan Kumar, filem "Tanhaji: The Unsung Warrior" akan menemui penonton di pawagam bermula 10 Januari ini.

Dalam pada itu, Saif mendedahkan penggambaran filemnya bersama Fatima Sana Shaikh, "Bhoot Police" yang sepatutnya bermula pada bulan Mac telah ditunda ke penghujung tahun dan pihak produksi sedang menghasilkan skrip filem tersebut.

Selain itu, Saif juga berhasrat untuk membintangi lebih banyak filem komersial dan bekerjasama dengan penerbit ternama bermula tahun ini dan masa akan datang.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Burberry Pinterest)
(Sumber artikel: Mumbai Mirror)



Suggested Articles

Mrunal-Thakur-Akui-Sukar-Imbangkan-Watak-Dalam-Jersey-dan-Toofan Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Apr 2020

Mrunal Thakur Akui Sukar Imbangkan Watak Dalam "Jersey" dan "Toofan"

Aktres itu digandingkan bersama aktor Shahid Kapoor dan Farhan Akhtar.

Ishita-Raj-Bakal-Bintangi-Filem-Pendek-Hidden Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Apr 2020

Ishita Raj Bakal Bintangi Filem Pendek "Hidden"

Filem aksi thriller itu diarahkan oleh Raman K Jangwal di bawah terbitan Vinil Gupta.

Karan-Johar-Tolak-Semua-Spekulasi-Tentang-Takht Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Apr 2020

Karan Johar Tolak Semua Spekulasi Tentang "Takht"

Baru-baru ini timbul banyak spekulasi berkenaan produksi filem tersebut.

Kriti-Sanon-Arjun-Kapoor-Nasihat-Orang-Ramai-Amalkan-Penjarakan-Sosial Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Kriti Sanon, Arjun Kapoor Nasihat Orang Ramai Amalkan Penjarakan Sosial

Kedua-dua bintang filem itu turut berkongsi langkah pencegahan wabak COVID-19.

Kangana-Ranaut-Pernah-Tolak-Filem-Sanju-Dan-Sultan Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Kangana Ranaut Pernah Tolak Filem "Sanju" Dan "Sultan"

Aktres itu memberitahu dia tidak gemar akan watak yang ditawarkan kepadanya.

Vicky-Kaushal-Bakal-Sumbangkan-Wang-Kepada-Dana-PM-CARES Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Vicky Kaushal Bakal Sumbangkan Wang Kepada Dana PM-CARES

Aktor itu ingin membantu golongan tidak bernasib baik ketika Perintah Berkurung.