CLOSE
CLOSE AD

Sidharth Malhotra bakal terajui filem 'remake' Telugu?

  • 06 Jan 2020
  • Tags:
Sidharth-Malhotra-bakal-terajui-filem-remake-Telugu

Selepas menjayakan filem "Marjaavaan", aktor Sidharth Malhotra dilaporkan bakal menerajui sebuah 'remake' filem Telugu yang bakal diterbitkan oleh Dil Raju dengan kerjasama Bhushan Kumar dan Nikhil Advani.

Menurut laporan dari Eastern Eye, pasukan produksi telah pun berbincang dengan Sidharth mengenai filem itu sebelum filem "Marjaavaan" ditayangkan di pawagam pada November tahun lalu.

"Baru-baru ini, Bhushan menghubungi Sidharth untuk sebuah filem aksi baru yang mana skripnya akan ditulis oleh Milap Zaveri. Sidharth telah memberi lampu hijau kepada projek itu.

"Setakat ini pembikin filem sedang menyiapkan kertas kerja bagi mendapatkan hak cipta secara rasmi untuk filem yang belum diberi judul ini.

"Mereka merancang untuk memulakan penggambaran untuk filem pada suku kedua tahun ini selepas skrip selesai ditulis dan mendapat pengarah," dedah satu sumber.

Buat pengetahuan lanjut, Dil Raju merupakan penerbit bagi filem-filem seperti "F2 – Fun and Frustation", "Yevadu" dan 'remake' filem "Jersey" versi Hindi.

Beralih ke perkembangan lain, Sidharth akan tampil membintangi filem "Shershaah" terbitan Karan Johar. Filem arahan Vishnuvardhan itu mengisahkan tentang kehidupan Kapten Vikram Batra.

Kapten Vikram Batra merupakan seorang pegawai dalam Tentera India yang terkorban ketika Perang Kargil 1999. Filem itu turut dibintangi oleh aktres Kiara Advani sebagai peneraju wanita utama.

(Sumber foto: Sidharth Malhotra Instagram)
(Sumber artikel: Eastern Eye)



Suggested Articles

Kiara-Advani-Hargai-Sokongan-Peminat-Terhadap-Filem-Guilty Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Apr 2020

Kiara Advani Hargai Sokongan Peminat Terhadap Filem "Guilty"

Aktres itu turut berkongsikan perasaan menjayakan watak dalam filem tersebut.

Rakul-Preet-Singh-Salur-Bantuan-Makanan-Kepada-200-Keluarga Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Apr 2020

Rakul Preet Singh Salur Bantuan Makanan Kepada 200 Keluarga

Aktres itu ingin mengurangkan beban orang ramai yang terkesan akibat COVID-19.

Sara-Ali-Khan-Kekal-Aktif-Walaupun-Dalam-Tempoh-Perintah-Berkurung Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Apr 2020

Sara Ali Khan Kekal Aktif Walaupun Dalam Tempoh Perintah Berkurung

Aktres itu berkongsikan video-video tarian dan senamannya di Instagram.

Suhana-Khan-Ikuti-Kelas-Tarian-di-Rumah Bolly Lah
ARTICLE
  • 06 Apr 2020

Suhana Khan Ikuti Kelas Tarian di Rumah

Anak kepada bintang Shah Rukh Khan itu mendapat khidmat daripada seorang guru tarian.

Nora-Fatehi-Dedah-Kehidupan-Sebelum-Bergelar-Selebriti Bolly Lah
ARTICLE
  • 06 Apr 2020

Nora Fatehi Dedah Kehidupan Sebelum Bergelar Selebriti

Aktres dan penyanyi itu pernah berdepan masalah kewangan suatu ketika dahulu.

Ekta-Kapoor-Tolak-Gaji-Setahun-Untuk-Bantu-Pekerja-Produksinya Bolly Lah
ARTICLE
  • 06 Apr 2020

Ekta Kapoor Tolak Gaji Setahun Untuk Bantu Pekerja Produksinya

Pembikin filem itu ingin mengurangkan beban orang ramai akibat pandemik COVID-19.