CLOSE
CLOSE AD

Deepika Padukone Ingin Berlakon Lebih Banyak Filem Bersama Ranveer Singh

  • 08 Jan 2020
Deepika-Padukone-Ingin-Berlakon-Lebih-Banyak-Filem-Bersama-Ranveer-Singh

Aktres Deepika Padukone menafikan laporan yang mengatakan dia telah menolak tiga tawaran filem bersama suaminya yang juga aktor Ranveer Singh untuk mengelakkan pendedahan mereka sebagai pasangan.

"Semua itu tidak benar sama sekali. Kami menanti sebuah filem yang menyatukan kami berdua. Walau bagaimanapun, kami tiada hak untuk membuat keputusan kerana semuanya bergantung kepada pengarah.

"Sudah lama kami tidak menerima tawaran sebegitu, ia satu pengalaman baru untuk bekerjasama dengan Ranveer dalam "'83" selepas tiga buah filem pada sebelum ini. Saya berharap kami dapat berlakon bersama-sama dalam lebih banyak filem pada masa akan datang.

"Mungkin sesuatu yang lebih kontemporari dan genre yang tidak terlalu berat. Ia pasti menarik jika seseorang dapat meneroka kolaborasi kami dalam cara yang berbeza dari apa yang orang ramai pernah lihat," jelas Deepika menerusi laporan Pinkvilla.

Pasangan Deepika dan Ranveer akan membintangi filem sukan "83" arahan Kabir Khan sebagai atlet kriket Kapten Kapil Dev Nikhanj dan isterinya Romi Bhatia. Ia bakal menemui penonton di pawagam pada 10 April 2020.

Dalam pada itu, Deepika sedang sibuk mempromosikan filem terbarunya, "Chhapaak", yang berkisar mengenai Malti, mangsa serangan asid yang diinspirasikan daripada Laxmi Agarwal.

Diarahkan oleh Meghna Gulzar, filem itu bakal rilis di pawagam pada 10 Januari ini.

(Sumber foto: DNA India)
(Sumber artikel: Pinkvilla)



Suggested Articles

Kiara-Advani-Hargai-Sokongan-Peminat-Terhadap-Filem-Guilty Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Apr 2020

Kiara Advani Hargai Sokongan Peminat Terhadap Filem "Guilty"

Aktres itu turut berkongsikan perasaan menjayakan watak dalam filem tersebut.

Rakul-Preet-Singh-Salur-Bantuan-Makanan-Kepada-200-Keluarga Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Apr 2020

Rakul Preet Singh Salur Bantuan Makanan Kepada 200 Keluarga

Aktres itu ingin mengurangkan beban orang ramai yang terkesan akibat COVID-19.

Sara-Ali-Khan-Kekal-Aktif-Walaupun-Dalam-Tempoh-Perintah-Berkurung Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Apr 2020

Sara Ali Khan Kekal Aktif Walaupun Dalam Tempoh Perintah Berkurung

Aktres itu berkongsikan video-video tarian dan senamannya di Instagram.

Suhana-Khan-Ikuti-Kelas-Tarian-di-Rumah Bolly Lah
ARTICLE
  • 06 Apr 2020

Suhana Khan Ikuti Kelas Tarian di Rumah

Anak kepada bintang Shah Rukh Khan itu mendapat khidmat daripada seorang guru tarian.

Nora-Fatehi-Dedah-Kehidupan-Sebelum-Bergelar-Selebriti Bolly Lah
ARTICLE
  • 06 Apr 2020

Nora Fatehi Dedah Kehidupan Sebelum Bergelar Selebriti

Aktres dan penyanyi itu pernah berdepan masalah kewangan suatu ketika dahulu.

Ekta-Kapoor-Tolak-Gaji-Setahun-Untuk-Bantu-Pekerja-Produksinya Bolly Lah
ARTICLE
  • 06 Apr 2020

Ekta Kapoor Tolak Gaji Setahun Untuk Bantu Pekerja Produksinya

Pembikin filem itu ingin mengurangkan beban orang ramai akibat pandemik COVID-19.