CLOSE
CLOSE AD

Bhumi Pednekar Ingin Teroka Lebih Banyak Watak Wanita Berbeza

  • 09 Jan 2020
Bhumi-Pednekar-Ingin-Teroka-Lebih-Banyak-Watak-Wanita-Berbeza

Aktres Bhumi Pednekar berhasrat untuk memperkembangkan karier lakonannya dengan menerokai lebih banyak watak wanita yang berbeza menerusi filem yang dibintanginya sepanjang tahun ini.

"Tahun 2020 akan menyaksikan saya menjayakan pelbagai watak wanita yang lebih berdikari, berkeyakinan tinggi dan individualistik. Saya sangat teruja apabila memikirkan saya berpeluang untuk membawa watak-watak sebegitu.

"Saya harap saya dapat memberi inspirasi kepada golongan wanita untuk menyerlahkan diri mereka, sentiasa berpendirian tetap dan berpegang kepada apa yang mereka percayakan.

"Melihat golongan wanita dipertanding dan diraikan menerusi pelbagai filem membuatkan saya berasa senang hati kerana terlibat sama," katanya yang dipetik dari The New Indian Express.

Dalam pada itu, Bhumi turut memberitahu kini dia bersikap selektif dan enggan menerima tawaran watak yang tidak mempunyai mesej penting untuk disampaikan.

Kali terakhir Bhumi dilihat di layar lebar adalah menerusi filem komedi arahan Mudassar Aziz "Pati Patni Aur Woh" bersama Kartik Aaryan dan Ananya Panday yang ditayangkan pada Disember lalu.

Tahun ini, Bhumi akan tampil membintangi beberapa filem baru seperti "Shubh Mangal Zyada Saavdhan", "Bhoot – Part One: The Haunted Ship" dan "Dolly Kitty Aur Woh Chamakte Sitare".

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Vogue India)
(Sumber artikel: The New Indian Express)



Suggested Articles

Mrunal-Thakur-Akui-Sukar-Imbangkan-Watak-Dalam-Jersey-dan-Toofan Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Apr 2020

Mrunal Thakur Akui Sukar Imbangkan Watak Dalam "Jersey" dan "Toofan"

Aktres itu digandingkan bersama aktor Shahid Kapoor dan Farhan Akhtar.

Ishita-Raj-Bakal-Bintangi-Filem-Pendek-Hidden Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Apr 2020

Ishita Raj Bakal Bintangi Filem Pendek "Hidden"

Filem aksi thriller itu diarahkan oleh Raman K Jangwal di bawah terbitan Vinil Gupta.

Karan-Johar-Tolak-Semua-Spekulasi-Tentang-Takht Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Apr 2020

Karan Johar Tolak Semua Spekulasi Tentang "Takht"

Baru-baru ini timbul banyak spekulasi berkenaan produksi filem tersebut.

Kriti-Sanon-Arjun-Kapoor-Nasihat-Orang-Ramai-Amalkan-Penjarakan-Sosial Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Kriti Sanon, Arjun Kapoor Nasihat Orang Ramai Amalkan Penjarakan Sosial

Kedua-dua bintang filem itu turut berkongsi langkah pencegahan wabak COVID-19.

Kangana-Ranaut-Pernah-Tolak-Filem-Sanju-Dan-Sultan Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Kangana Ranaut Pernah Tolak Filem "Sanju" Dan "Sultan"

Aktres itu memberitahu dia tidak gemar akan watak yang ditawarkan kepadanya.

Vicky-Kaushal-Bakal-Sumbangkan-Wang-Kepada-Dana-PM-CARES Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Vicky Kaushal Bakal Sumbangkan Wang Kepada Dana PM-CARES

Aktor itu ingin membantu golongan tidak bernasib baik ketika Perintah Berkurung.