CLOSE
CLOSE AD

Taapsee Pannu Mahu Imbang Lakonan Filem Bollywood dan India Selatan

  • 14 Jan 2020
Taapsee-Pannu-Mahu-Imbang-Lakonan-Filem-Bollywood-dan-India-Selatan

Aktres Taapsee Pannu mengimbau semula karier lakonannya yang bermula dengan sepuluh buah filem India Selatan sebelum terjun ke dunia Bollywood menerusi filem arahan David Dhawan "Chashme Baddoor".

"Saya tak pernah menganggap penglibatan saya dalam industri Selatan sebagai batu loncatan ke industri Bollywood. Malah, saya masih membintangi sebuah filem Selatan bagi setiap tahun.

"Saya tak mahu memilih kerana saya ingin bekerja dalam kedua-dua industri dalam masa yang sama. Agak lama juga tempoh untuk saya menstabilkan karier dalam kedua-dua industri ini," katanya yang dipetik dari Mumbai Mirror.

2020 menandakan genap 10 tahun Taapsee berkecimpung dalam kariernya, di mana dia telah membuat debut menerusi filem Telugu berjudul "Jhummandi Naadam" arahan K. Raghavendra Rao.

"Pada ketika itu, saya masih baru dalam industri. Saya tak pernah berlakon dan tiada perancangan untuk menetapkan karier sebagai seorang pelakon. Tujuan saya membintangi filem adalah untuk mengeksperimentasikan hidup saya," tambahnya lagi.

Beralih ke perkembangan baru, Taapsee mempunyai empat buah filem berbeza genre yang bakal dirilis sepanjang tahun ini, bermula dengan filem "Thappad" arahan Anubhav Sinha, yang mana akan dirilis pada 28 Februari.

Seterusnya adalah filem thriller "Haseen Dilruba" dan dua buah filem sukan iaitu "Rashmi Rocket", yang akan menampilkan Taapsee sebagai atlet pelari pecut dan biopik "Shabaash Mithu" arahan Rahul Dholakia.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: FHM India)
(Sumber artikel: Mumbai Mirror)



Suggested Articles

Taapsee-Pannu-Akui-Kecewa-Tak-Terima-Anugerah-Untuk-Pink Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Taapsee Pannu Akui Kecewa Tak Terima Anugerah Untuk "Pink"

Aktres itu tidak menerima sebarang pencalonan bagi penglibatannya dalam filem tersebut.

Mahie-Gill-Sedia-Tonjol-Sisi-Komedi-Pula Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Mahie Gill Sedia Tonjol Sisi Komedi Pula

Aktres itu sudah mula bosan sering ditawarkan watak serius dalam filem.

Salman-Khan-Bakal-Rilis-Teaser-Treler-Radhe-Dalam-Masa-Terdekat Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Salman Khan Bakal Rilis Teaser Treler "Radhe" Dalam Masa Terdekat

Penggambaran filem aksi paling dinanti-nantikan ini sudah hampir selesai.

Rajkummar-Rao-Akan-Bintangi-Filem-Tentang-Bapa-Tumpang Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Rajkummar Rao Akan Bintangi Filem Tentang Bapa Tumpang?

Projek filem itu kini masih dalam perbincangan pengarah Raaj Shaandilyaa.

Zoya-Akhtar-Rancang-Bikin-Sebuah-Filem-Gengster Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Zoya Akhtar Rancang Bikin Sebuah Filem Gengster

Pembikin filem itu turut merancang untuk berkolaborasi dengan adiknya Farhan Akhtar.

John-Abraham-Bakal-Terbitkan-Filem-Biopik-Revathi-Roy Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

John Abraham Bakal Terbitkan Filem Biopik Revathi Roy

Filem itu akan diadaptasi dari buku "Who is Revathi Roy" oleh Swati Lodha.