CLOSE
CLOSE AD

Hrithik Roshan Jadi Pilihan Untuk Terajui Filem Thriller Karan Johar?

  • 14 Jan 2020
Hrithik-Roshan-Jadi-Pilihan-Untuk-Terajui-Filem-Thriller-Karan-Johar

Aktor Hrithik Roshan dilaporkan telah dipilih untuk membintangi filem thriller terbaru terbitan Karan Johar mengenai ketua perisik dan pengasas agensi Research and Analysis Wing (R&AW) R.N. Kao.

"Hrithik telah dihubungi oleh Dharma Productions untuk berbincang mengenai filem yang mereka umumkan pada minggu lalu.

"Aktor itu dilihat berminat dengan filem tersebut, tetapi buat masa ini dia masih belum menandatangani projek itu secara rasmi," dedah satu sumber yang dipetik dari Bollywood Hungama.

Seperti yang diumumkan oleh Karan, filem itu merupakan sebuah adaptasi dari buku biografi nukilan Nitin A. Gokhale "R.N. Kao: Gentleman Spymaster" yang diterbitkan oleh Bloomsbury India pada November 2019.

Menurut laporan media, filem itu akan mengisahkan kehidupan sebenar R.N. Kao sebagai pengasas agensi R&AW dan bagaimana dia berjaya menceburi dunia perisikan antarabangsa.

Kali terakhir Hrithik dilihat di layar perak adalah menerusi filem aksi "War" bersama aktor Tiger Shroff dan selepas itu dia tidak terlibat dengan sebarang projek baru.

Sementara itu, Karan Johar pula baru sahaja mengumumkan tarikh rilis filem terbarunya "Mr. Lele" yang dibintangi oleh aktor Varun Dhawan sebagai peneraju utama.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Santa Banta)
(Sumber artikel: Bollywood Hungama)



Suggested Articles

Mrunal-Thakur-Akui-Sukar-Imbangkan-Watak-Dalam-Jersey-dan-Toofan Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Apr 2020

Mrunal Thakur Akui Sukar Imbangkan Watak Dalam "Jersey" dan "Toofan"

Aktres itu digandingkan bersama aktor Shahid Kapoor dan Farhan Akhtar.

Ishita-Raj-Bakal-Bintangi-Filem-Pendek-Hidden Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Apr 2020

Ishita Raj Bakal Bintangi Filem Pendek "Hidden"

Filem aksi thriller itu diarahkan oleh Raman K Jangwal di bawah terbitan Vinil Gupta.

Karan-Johar-Tolak-Semua-Spekulasi-Tentang-Takht Bolly Lah
ARTICLE
  • 03 Apr 2020

Karan Johar Tolak Semua Spekulasi Tentang "Takht"

Baru-baru ini timbul banyak spekulasi berkenaan produksi filem tersebut.

Kriti-Sanon-Arjun-Kapoor-Nasihat-Orang-Ramai-Amalkan-Penjarakan-Sosial Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Kriti Sanon, Arjun Kapoor Nasihat Orang Ramai Amalkan Penjarakan Sosial

Kedua-dua bintang filem itu turut berkongsi langkah pencegahan wabak COVID-19.

Kangana-Ranaut-Pernah-Tolak-Filem-Sanju-Dan-Sultan Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Kangana Ranaut Pernah Tolak Filem "Sanju" Dan "Sultan"

Aktres itu memberitahu dia tidak gemar akan watak yang ditawarkan kepadanya.

Vicky-Kaushal-Bakal-Sumbangkan-Wang-Kepada-Dana-PM-CARES Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Apr 2020

Vicky Kaushal Bakal Sumbangkan Wang Kepada Dana PM-CARES

Aktor itu ingin membantu golongan tidak bernasib baik ketika Perintah Berkurung.