CLOSE
CLOSE AD

Varun Dhawan Akui Bapanya David Dhawan Seorang Pengarah Yang Tegas

  • 14 Jan 2020
Varun-Dhawan-Akui-Bapanya-David-Dhawan-Seorang-Pengarah-Yang-Tegas

Aktor Varun Dhawan mendedahkan bekerja dengan bapanya iaitu David Dhawan tidak mudah seperti disangka kerana David disifatkan sebagai seorang pengarah yang tegas.

Sebelum ini, Varun pernah membintangi dua buah filem di bawah arahan bapanya, iaitu "Main Tera Hero" dan "Judwaa 2".

"Saya tak pernah berpeluang untuk melihat skrip penuh bagi filem-filem itu selagi saya tidak memberi kata putus kepadanya. Dia juga tak pernah mengikut kehendak saya.

"Dia pernah memberitahu 'Saya tidak menunjukkan skrip Salman Khan, Govinda dan Anil Kapoor, jadi kepada saya perlu tunjukkan kepada awak?'

"Saya sering menganggap ia sebagai satu cabaran untuk membuktikan bapa saya salah dalam setiap situasi dan memperbaiki kelemahan diri saya untuk menjadi lebih baik," katanya yang dipetik dari Mumbai Mirror.

Terbaru, Varun akan kembali ke layar perak bersama aktres Sara Ali Khan menerusi filem komedi terbaru "Coolie No. 1" yang diarahkan oleh bapanya.

"Coolie No. 1" turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Paresh Rawal, Javed Jaffrey, Rajpal Yadav, Johnny Lever dan Sahil Vaid, filem itu akan dirilis di pawagam pada 1 Mei 2020.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Varun Dhawan Instagram)
(Sumber artikel: Mumbai Mirror)



Suggested Articles

Taapsee-Pannu-Akui-Kecewa-Tak-Terima-Anugerah-Untuk-Pink Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Taapsee Pannu Akui Kecewa Tak Terima Anugerah Untuk "Pink"

Aktres itu tidak menerima sebarang pencalonan bagi penglibatannya dalam filem tersebut.

Mahie-Gill-Sedia-Tonjol-Sisi-Komedi-Pula Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Mahie Gill Sedia Tonjol Sisi Komedi Pula

Aktres itu sudah mula bosan sering ditawarkan watak serius dalam filem.

Salman-Khan-Bakal-Rilis-Teaser-Treler-Radhe-Dalam-Masa-Terdekat Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Salman Khan Bakal Rilis Teaser Treler "Radhe" Dalam Masa Terdekat

Penggambaran filem aksi paling dinanti-nantikan ini sudah hampir selesai.

Rajkummar-Rao-Akan-Bintangi-Filem-Tentang-Bapa-Tumpang Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Rajkummar Rao Akan Bintangi Filem Tentang Bapa Tumpang?

Projek filem itu kini masih dalam perbincangan pengarah Raaj Shaandilyaa.

Zoya-Akhtar-Rancang-Bikin-Sebuah-Filem-Gengster Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Zoya Akhtar Rancang Bikin Sebuah Filem Gengster

Pembikin filem itu turut merancang untuk berkolaborasi dengan adiknya Farhan Akhtar.

John-Abraham-Bakal-Terbitkan-Filem-Biopik-Revathi-Roy Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

John Abraham Bakal Terbitkan Filem Biopik Revathi Roy

Filem itu akan diadaptasi dari buku "Who is Revathi Roy" oleh Swati Lodha.