CLOSE
CLOSE AD

Pengarah Anggap Disha Patani Aktres Terbaik Untuk Terajui "Malang"

  • 14 Jan 2020
Pengarah-Anggap-Disha-Patani-Aktres-Terbaik-Untuk-Terajui-Malang

Pengarah Mohit Suri memberitahu filem aksi thriller "Malang" tidak akan lengkap jika aktres Disha Patani tidak dipilih untuk terlibat sama dalam menjayakan filem tersebut.

"Selain mempunyai wajah jelita, Disha adalah seorang gadis yang kuat dan berani. Maka, dia mudah untuk memahami kualiti wataknya dengan baik.

"Watak Sara adalah seorang gadis yang bersemangat tinggi dan menjalani hidup mengikut kehendaknya dan saya rasa Disha sangat sesuai untuk membawa watak ini.

"Saya banyak menerima maklum balas yang baik mengenai watak Disha setakat ini. Saya pasti para penonton juga akan menyukai wataknya selepas menonton "Malang"," kata Mohit yang dipetik dari Filmfare.

Sementara itu, pada Ahad lalu Disha telah memuat naik video yang menunjukkan dia mengalami kecederaan di bahagian lutut ketika berlatih menari untuk filem tersebut.

Walau bagaimanapun, pakar gimnas dan seni bela diri MMA itu masih mampu untuk meneruskan latihan seperti biasa di bawah pengawasan jurulatih tariannya.

Selain Disha, filem "Malang" turut dibintangi oleh Aditya Roy Kapur, Anil Kapoor dan Kunal Kemmu. Ia bakal ditayangkan di pawagam bermula 7 Februari ini.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Bazaar India)
(Sumber artikel: Filmfare)



Suggested Articles

Rakul-Preet-Singh-Enggan-Bahayakan-Kesihatan-Demi-Watak Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Feb 2020

Rakul Preet Singh Enggan Bahayakan Kesihatan Demi Watak

Aktres itu tidak mahu menambah berat badan untuk menjayakan sesuatu watak.

Riteish-Deshmukh-Bakal-Bintangi-Filem-Trilogi-Shivaji Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Feb 2020

Riteish Deshmukh Bakal Bintangi Filem Trilogi "Shivaji"

Aktor itu akan bekerja di bawah arahan Nagraj Manjule bagi trilogi tersebut.

Sara-Ali-Khan-Bakal-Galas-Dua-Watak-Dalam-Atrangi-Re Bolly Lah
ARTICLE
  • 20 Feb 2020

Sara Ali Khan Bakal Galas Dua Watak Dalam "Atrangi Re"

Aktres itu juga akan digandingkan bersama Akshay Kumar dan Dhanush.

Tiger-Shroff-Bakal-Terajui-Sekuel-Heropanti Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Feb 2020

Tiger Shroff Bakal Terajui Sekuel "Heropanti"?

Pembikin filem telah merancang untuk menerbitkan francais filem itu tahun lalu.

Filem-Klasik-Mr-India-Bakal-Diterbitkan-Semula-Dalam-Trilogi Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Feb 2020

Filem Klasik "Mr. India" Bakal Diterbitkan Semula Dalam Trilogi

Berita itu disahkan oleh pengarah terkenal Ali Abbas Zafar.

Karan-Johar-Nafi-Bakal-Terbitkan-Student-of-the-Year-3 Bolly Lah
ARTICLE
  • 19 Feb 2020

Karan Johar Nafi Bakal Terbitkan "Student of the Year 3"

Pembikin filem itu meminta semua pihak supaya berhenti menyebarkan berita tersebut.