CLOSE
CLOSE AD

Ayushmann Khurrana Pilih Filem Sesuai Buat Tontonan Keluarga

  • 22 Jan 2020
Ayushmann-Khurrana-Pilih-Filem-Sesuai-Buat-Tontonan-Keluarga

Aktor versatil Ayushmann Khurrana memberitahu antara kriteria yang menjadi pilihannya dalam menerima tawaran filem adalah kandungan yang sesuai buat tontonan seisi keluarga.

Salah satunya adalah "Shubh Mangal Zyada Saavdhan", yang disifatkan sebagai sebuah filem yang mampu memberi impak kepada masyarakat.

"Sebagai seorang pelakon, saya ingin menghiburkan seramai penonton yang boleh. Bagi saya ia adalah sebuah filem penting yang perlu dibikin dan apabila saya mendapat tahu jalan ceritanya, serta merta saya sedar akan impaknya terhadap saya.

"Ia sebuah filem komedi yang mengandungi mesej sosial dan mampu dikaitkan dengan masyarakat. Jarang untuk kita lihat filem sebegini dibikin dan saya berasa bangga kerana terlibat dengan filem ini.

"Filem ini akan menyentuh hati penonton sekaligus memberi hiburan kepada mereka. Saya teruja menantikan tayangan "Shubh Mangal Zyada Saavdhan"," katanya yang dipetik dari Times of India.

Selain Ayushmann, filem itu turut menampilkan Jitendra Kumar, Neena Gupta, Gajraj Rao, Manurishi Chaddha, Sunita Rajwar, Maanvi Gagroo dan Pankhuri Awasthy.

Diarahkan oleh Hitesh Kewalya di bawah terbitan Aanand L. Rai dan Bhushan Kumar, filem "Shubh Mangal Zyada Saavdhan" akan ditayangkan di pawagam bermula 21 Februari 2020.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Ayushmann Khurrana Instagram)
(Sumber artikel: Times of India)



Suggested Articles

Taapsee-Pannu-Akui-Kecewa-Tak-Terima-Anugerah-Untuk-Pink Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Taapsee Pannu Akui Kecewa Tak Terima Anugerah Untuk "Pink"

Aktres itu tidak menerima sebarang pencalonan bagi penglibatannya dalam filem tersebut.

Mahie-Gill-Sedia-Tonjol-Sisi-Komedi-Pula Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Mahie Gill Sedia Tonjol Sisi Komedi Pula

Aktres itu sudah mula bosan sering ditawarkan watak serius dalam filem.

Salman-Khan-Bakal-Rilis-Teaser-Treler-Radhe-Dalam-Masa-Terdekat Bolly Lah
ARTICLE
  • 27 Feb 2020

Salman Khan Bakal Rilis Teaser Treler "Radhe" Dalam Masa Terdekat

Penggambaran filem aksi paling dinanti-nantikan ini sudah hampir selesai.

Rajkummar-Rao-Akan-Bintangi-Filem-Tentang-Bapa-Tumpang Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Rajkummar Rao Akan Bintangi Filem Tentang Bapa Tumpang?

Projek filem itu kini masih dalam perbincangan pengarah Raaj Shaandilyaa.

Zoya-Akhtar-Rancang-Bikin-Sebuah-Filem-Gengster Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

Zoya Akhtar Rancang Bikin Sebuah Filem Gengster

Pembikin filem itu turut merancang untuk berkolaborasi dengan adiknya Farhan Akhtar.

John-Abraham-Bakal-Terbitkan-Filem-Biopik-Revathi-Roy Bolly Lah
ARTICLE
  • 25 Feb 2020

John Abraham Bakal Terbitkan Filem Biopik Revathi Roy

Filem itu akan diadaptasi dari buku "Who is Revathi Roy" oleh Swati Lodha.