CLOSE
CLOSE AD

Shah Rukh Khan dan Kajol kembali bersatu di layar perak?

  • 21 Jan 2020
Shah-Rukh-Khan-dan-Kajol-kembali-bersatu-di-layar-perak

Tahun lalu selebriti terkenal Shah Rukh Khan mengumumkan bahawa dia akan terlibat dengan beberapa projek filem selepas berehat lama dari dunia lakonan sejak kegagalan filem "Zero".

Laporan terbaru dari Bollywood Hungama menyatakan Shah Rukh Khan telah bersetuju untuk membintangi sebuah filem arahan Rajkumar Hirani dan akan digandingkan dengan seorang aktres ternama.

"Walaupun ada laporan mengatakan Kareena Kapoor Khan telah dipilih, tetapi pembikin filem itu berkeinginan untuk menggandingkan Shah Rukh Khan dengan Kajol dalam filem terbarunya selepas "Sanju".

"Ia merupakan kombinasi yang menarik. Memandangkan Hirani pernah bekerjasama dengan Kareena dalam filem "3 Idiots", dia mungkin lebih tertarik untuk bekerjasama dengan Kajol kali ini," dedah satu sumber.

Tambahnya lagi, Shah Rukh Khan dilihat berulang alik ke pejabat Hirani untuk berbincang mengenai projek filem terbaru mereka dan kini ia hampir ke keputusan muktamad.

Kali terakhir gandingan serasi ini dilihat di layar perak adalah menerusi filem aksi romantik "Dilwale" arahan Rohit Shetty yang ditayangkan pada lima tahun lalu.

Dalam pada itu, Kajol kini sedang meraikan kejayaan filem perang "Tanhaji: The Unsung Warrior" yang meraih kutipan tinggi sejak ia ditayangkan di pawagam pada 10 Januari.

(Sumber foto: Jakpost)
(Sumber artikel: Bollywood Hungama)



Suggested Articles

Tayangan-Filem-Radhe-Mungkin-Akan-Ditunda Bolly Lah
ARTICLE
  • 08 Apr 2020

Tayangan Filem "Radhe" Mungkin Akan Ditunda

Ia susulan Perintah Berkurung yang dilaksanakan di India akibat pandemik COVID-19.

Hrithik-Roshan-Jalin-Kerjasama-Dengan-NGO-Bantu-Golongan-Memerlukan Bolly Lah
ARTICLE
  • 08 Apr 2020

Hrithik Roshan Jalin Kerjasama Dengan NGO Bantu Golongan Memerlukan

Aktor itu membantu beberapa golongan yang terkesan dengan Perintah Berkurung.

Kiara-Advani-Hargai-Sokongan-Peminat-Terhadap-Filem-Guilty Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Apr 2020

Kiara Advani Hargai Sokongan Peminat Terhadap Filem "Guilty"

Aktres itu turut berkongsikan perasaan menjayakan watak dalam filem tersebut.

Rakul-Preet-Singh-Salur-Bantuan-Makanan-Kepada-200-Keluarga Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Apr 2020

Rakul Preet Singh Salur Bantuan Makanan Kepada 200 Keluarga

Aktres itu ingin mengurangkan beban orang ramai yang terkesan akibat COVID-19.

Sara-Ali-Khan-Kekal-Aktif-Walaupun-Dalam-Tempoh-Perintah-Berkurung Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Apr 2020

Sara Ali Khan Kekal Aktif Walaupun Dalam Tempoh Perintah Berkurung

Aktres itu berkongsikan video-video tarian dan senamannya di Instagram.

Suhana-Khan-Ikuti-Kelas-Tarian-di-Rumah Bolly Lah
ARTICLE
  • 06 Apr 2020

Suhana Khan Ikuti Kelas Tarian di Rumah

Anak kepada bintang Shah Rukh Khan itu mendapat khidmat daripada seorang guru tarian.