CLOSE
CLOSE AD

Sonakshi Sinha Berjaya Buktikan Dirinya Aktres Versatil

  • 24 Jan 2020
Sonakshi-Sinha-Berjaya-Buktikan-Dirinya-Aktres-Versatil

Aktres Sonakshi Sinha mendedahkan kejayaannya sebagai pelakon versatil bermula dengan sikap berani mencuba sesuatu yang baru serta tidak meletakkan had terhadap lakonannya.

"Saya selalu ingin mencuba pelbagai jenis kerja yang berbeza, dan sehingga satu tahap saya bangga dengan diri saya kerana berjaya melakukannya.

"Pengalaman menggalas pelbagai watak dan terlibat dengan pelbagai filem banyak mendorong saya. Saya tidak pernah mengehadkan lakonan saya dan sebab itu saya mampu melakukan pelbagai kerja," ujarnya seperti yang dipetik dari Times of India.

Terbaru, Sonakshi sedang meraikan kejayaan filem aksi "Dabangg 3" arahan Prabhu Deva, di mana dia digandingkan bersama bintang terkenal Salman Khan.

Selain Sonakshi dan Salman, filem ketiga dari francais "Dabangg" itu turut menampilkan Arbaaz Khan, Sudeep dan Saiee Manjrekar sebagai watak utama.

Beralih ke perkembangan lain, Sonakshi akan kembali ke layar perak menerusi filem "Bhuj: The Pride of India" bersama Sanjay Dutt dan Ajay Devgn.

Filem biopik perang arahan Abhishek Dudhaiya dijangka bakal ditayangkan di pawagam pada 14 Ogos 2020.

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Gohd Live)
(Sumber artikel: Times of India)



Suggested Articles

Penampilan-Cameo-Selebriti-Hollywood-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jul 2020

Penampilan Cameo Selebriti Hollywood Dalam Filem Bollywood

Dua industri perfileman terbesar di dunia ini sering bekerjasama dalam pembikinan filem.

Koreografi-Tarian-Saroj-Khan-Paling-Ikonik-Dalam-Filem-Bollywood Bolly Lah
ARTICLE
  • 04 Jul 2020

Koreografi Tarian Saroj Khan Paling Ikonik Dalam Filem Bollywood

Jom lihat foto-foto menarik babak tarian legenda terkenal di Bollywood ini!

Kareena-Kapoor-Dedah-Sebab-Dia-Tarik-Diri-Dari-Kaho-Na-Pyaar-Hai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

Kareena Kapoor Dedah Sebab Dia Tarik Diri Dari "Kaho Na... Pyaar Hai"

Bintang terkenal itu akhirnya membuat debut menerusi filem "Refugee".

BollyOne-HD-Tayangkan-5-Filem-Bollywood-Menarik-Sepanjang-Julai Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

BollyOne HD Tayangkan 5 Filem Bollywood Menarik Sepanjang Julai

Jangan terlepas untuk menonton filem-filem lakonan bintang Bollywood pujaan anda!

6-Filem-Bollywood-Yang-Menggunakan-Lokasi-Palsu Bolly Lah
ARTICLE
  • 02 Jul 2020

6 Filem Bollywood Yang Menggunakan Lokasi Palsu

Para pembikin filem bijak mencari lokasi-lokasi yang seakan lokasi sebenar!

9-Filem-Bollywood-Pecah-Panggung-Yang-Pernah-Ditolak-Oleh-Kajol Bolly Lah
ARTICLE
  • 01 Jul 2020

9 Filem Bollywood Pecah Panggung Yang Pernah Ditolak Oleh Kajol

Jom ketahui mengapa Kajol sanggup menolak filem-filem besar Bollywood ini!