CLOSE
CLOSE AD

Kangana Ranaut Bakal Galas Watak Juruterbang Tentera Udara

  • 24 Jan 2020
Kangana-Ranaut-Bakal-Galas-Watak-Juruterbang-Tentera-Udara

Dalam pada sibuk mempromosikan filem "Panga", aktres Kangana Ranaut dilaporkan bakal membintangi sebuah filem baru terbitan Ronnie Screwvala bertemakan Angkatan Tentera Udara India.

Sehubungan dengan itu, aktres berbakat itu telah diberi tanggungjawab untuk menggalas watak seorang juruterbang bagi angkatan tentera udara tersebut.

"Sudah lama saya teringin untuk bawa watak tentera dan terpesona dengan Angkatan Tentera sejak kecil. Saya menganggap mereka pewira yang menjaga keamanan negara dan rakyat kami.

"Jadi saya amat gembira kerana terlibat dengan filem ini. Saya akan menjalani latihan sebelum penggambaran bermula. Pengarah akan mengupah jurulatih profesional untuk sama terlibat," ujarnya yang dipetik dari Mumbai Mirror.

Pada dua minggu lalu, Kangana telah menandatangani kontrak rasmi bagi projek filem yang bakal diarahkan oleh Sarvesh Mewara itu. Sesi penggambaran dijangka akan bermula pada Julai depan.

"Saya amat berterima kasih kepada Ronnie dan Sarvesh kerana menawarkan skrip hebat ini kepada saya yang meraikan anggota tentera kami," tambahnya lagi.

Buat masa ini, Kangana sedang sibuk membuat persiapan serta menjalani penggambaran bagi filem biopik bekas Ketua Menteri Tamil Nadu J. Jayalalithaa berjudul "Thalaivi".

Layari berita Bollywood terkini di laman web www.bollylah.com dan laman Facebook kami.

(Sumber foto: Kangana Ranaut Instagram)
(Sumber artikel: Mumbai Mirror)



Suggested Articles

Kiara-Advani-Hargai-Sokongan-Peminat-Terhadap-Filem-Guilty Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Apr 2020

Kiara Advani Hargai Sokongan Peminat Terhadap Filem "Guilty"

Aktres itu turut berkongsikan perasaan menjayakan watak dalam filem tersebut.

Rakul-Preet-Singh-Salur-Bantuan-Makanan-Kepada-200-Keluarga Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Apr 2020

Rakul Preet Singh Salur Bantuan Makanan Kepada 200 Keluarga

Aktres itu ingin mengurangkan beban orang ramai yang terkesan akibat COVID-19.

Sara-Ali-Khan-Kekal-Aktif-Walaupun-Dalam-Tempoh-Perintah-Berkurung Bolly Lah
ARTICLE
  • 07 Apr 2020

Sara Ali Khan Kekal Aktif Walaupun Dalam Tempoh Perintah Berkurung

Aktres itu berkongsikan video-video tarian dan senamannya di Instagram.

Suhana-Khan-Ikuti-Kelas-Tarian-di-Rumah Bolly Lah
ARTICLE
  • 06 Apr 2020

Suhana Khan Ikuti Kelas Tarian di Rumah

Anak kepada bintang Shah Rukh Khan itu mendapat khidmat daripada seorang guru tarian.

Nora-Fatehi-Dedah-Kehidupan-Sebelum-Bergelar-Selebriti Bolly Lah
ARTICLE
  • 06 Apr 2020

Nora Fatehi Dedah Kehidupan Sebelum Bergelar Selebriti

Aktres dan penyanyi itu pernah berdepan masalah kewangan suatu ketika dahulu.

Ekta-Kapoor-Tolak-Gaji-Setahun-Untuk-Bantu-Pekerja-Produksinya Bolly Lah
ARTICLE
  • 06 Apr 2020

Ekta Kapoor Tolak Gaji Setahun Untuk Bantu Pekerja Produksinya

Pembikin filem itu ingin mengurangkan beban orang ramai akibat pandemik COVID-19.